Berita

Kontraktor minyak, gas Sarawak mahu keutamaan dapat kontrak Petronas



KUCHING, 27 Jun -- Kontraktor minyak dan gas dari Sarawak meminta agar keutamaan diberikan kepada mereka oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam pemberian kontrak berkaitan industri minyak dan gas di perairan negeri ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Protem Persatuan Kontraktor-Kontraktor Petroleum Sarawak, Datuk Rahman Lariwoo hari ini berkata, kontrak kerja berkenaan boleh diserahkan kepada kontraktor dari luar Sarawak jika didapati kontraktor tempatan tidak dapat melakukannya. 

"Kalau dapat, kita mahu semua kerja di perairan Sarawak diberikan (terlebih dahulu) kepada kontraktor minyak dan gas dari Sarawak, sebab kita percaya kontraktor terbabit kebanyakannya berpengalaman dari mencari gali sehinggalah mengeluarkan minyak dan gas," katanya selepas menghadiri mesyuarat penubuhan persatuan itu dan pemilihan jawatankuasa protem itu di sini.

Rahman berkata, Sarawak memiliki kontraktor yang berpengalaman dalam industri petroleum dan gas memandangkan negeri ini sudah terlibat dalam industri berkenaan sejak 1910.

Ketika ini hanya 30 peratus kontrak berkaitan minyak dan gas dari perairan negeri ini diberikan Petronas kepada kontraktor minyak dan gas tempatan.

"Ketika ini, ada lebih 400 kontraktor dari Sarawak yang berdaftar dengan Petronas, yang terlibat menjalankan kerja kecil-kecilan seperti penyediaan katering sehinggalah kerja utama seperti kejuruteraan dan eksplorasi minyak dan gas.

Sehubungan itu, beliau meminta semua kontraktor tempatan untuk menjadi ahli persatuan itu bagi menyuarakan kepada Petronas untuk lebih mengutamakan mereka dalam memberikan kontrak berkaitan minyak dan gas di Sarawak.

Beliau berkata, persatuan itu juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dalam mempergiatkan lagi industri itu di negeri ini.

-- BERNAMA

 


 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]