Berita

Petronas tingkatkan akses tenaga bersih menerusi saluran paip maya



KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Petronas melancarkan penyelesaian Sistem Paip Maya (VPS) melalui Terminal Regasifikasi Pengerang (RGT), Pengerang, Johor baru-baru ini sebagai sebahagian daripada penyelesaian terkini berteraskan pelanggan untuk memudahkan pertumbuhan penggunaan tenaga bersih di seluruh Semenanjung.

Penyelesaian VPS yang dibangunkan oleh Gas & Power, perniagaan gas dan tenaga (daripada gas dan tenaga baharu) dan dipasarkan Petronas Dagangan Bhd, menghantar gas asli cecair (LNG) dengan trak yang dilengkapi tangki kriogenik kepada pelanggan di luar bandar.

Menerusi penyelesaian VPS, Petronas memberi kemudahan kepada industri di Semenanjung yang tidak dihubungkan dengan infrastruktur gas asli, pilihan untuk bertukar kepada gas sebagai alternatif bagi tenaga bersih. 

Sebagai sebahagian daripada fasa perintis, Petronas menyelesaikan penghantaran pertama LNG ke loji pembuatan Continental Tyre Alor Setar Malaysia Sdn Bhd.

“Pengenalan kepada penyelesaian VPS menjadi sebahagian daripada komitmen Petronas kepada kelestarian alam sekitar dan memacu pertumbuhan bagi penggunaan gas asli di Malaysia.

“Dengan menubuhkan ekosistem dan menyediakan infrastruktur yang diperlukan, kami menawarkan tenaga bersih dan berdaya saing kepada pelanggan untuk memperkasa perniagaan mereka," menurut Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas bagi gas dan tenaga baharu, Adnan Zainal Abidin.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, menerusi penyelesaian VPS, Petronas menyediakan pusat sehenti kepada pelanggan di luar bandar, merangkumi bekalan, kemudahan muatan dan perkhidmatan logistik bagi memastikan keperluan tenaga bersih dapat dipenuhi.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]