Berita

Serba Dinamik kurangkan pergantungan kepada perolehan minyak

Serba Dinamik chief executive officer Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah (sit, left)

KUALA LUMPUR, 25 Sept --  Serba Dinamik  Holdings Bhd menyasar untuk mengurangkan kebergantungan syarikat kepada perolehan minyak dan gas pada kira-kira 40 hingga 45 peratus menjelang 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata pihaknya turut menyasarkan pengurangan perolehan daripada segmen minyak dan gas kepada 75 peratus tahun ini daripada 85 peratus pada 2019.

“Kepelbagaian syarikat pada asasnya akan menumpukan segmen berkaitan teknologi.

“Ini akan memperkukuh kedudukan kewangan syarikat,” katanya selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi segmen bukan minyak dan gas, syarikat perkhidmatan tenaga itu menyasarkan sumbangan perolehan sehingga 55 peratus dalam tempoh dua tahun.

Syarikat ini merancang untuk meningkatkan perolehan teknologi kepada tujuh peratus atau RM350 juta tahun ini dan sekali ganda lagi pada 2021, katanya.

Mohd Abdul Karim berkata sementara itu, kerjasama dengan Huawei akan mempercepatkan lagi transformasi digital  Serba Dinamik  dalam industri minyak dan gas.

“Ini akan menjadikan transformasi digital bukan hanya untuk sektor minyak dan gas malah memulakan penyelesaian inovatif berasaskan awan.

“Kerjasama ini juga termasuk usaha mewujudkan kawasan perindustrian pintar di Sarawak dan Johor,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuan berkata berdasarkan kerjasama itu, pihaknya akan menyediakan teknologi 5G, perkhidmatan awan dan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk merealisasikan transformasi digital  Serba Dinamik .

“Kami yakin perkongsian ini akan memacu kesambungan yang sentiasa ada dan menawarkan penyelesaian awan serta AI ke setiap kawasan di Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]