Senarai Berita

RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 3 Jan -- Harga runcit petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.65 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuatkuasa tengah malam ini hingga 10 Jan.


Malaysia akan maksimumkan potensi industri hijau, tenaga boleh diperbaharui - Yeo

Oleh Aisha Hani Nor Azmir dan Rozlin Rusharmeen Rosmin

KUALA LUMPUR, 3 Jan -- Malaysia akan memaksimumkan potensi sektor industri hijau dan tenaga boleh diperbaharui pada tahun ini untuk mencapai matlamat menjadi hab teknologi hijau di Asia Tenggara dalam masa terdekat.


Serba Dinamik, syarikat pemula niaga Borneo jalin usaha sama bimbing syarikat baharu

Oleh Thivyamalini Ramalu

KUALA LUMPUR, 30 Dis -- Serba Dinamik Holdings Bhd menjangkakan jalinan usaha sama pertamanya dengan hab pemula niaga dari Sarawak, Startup Borneo, dapat dimulakan pada Februari tahun depan.

Program Biodiesel B20 sektor pengangkutan dilancar secara berfasa tahun depan - Teresa Kok

PUTRAJAYA, 20 Dis -- Program Biodiesel B20 bagi sektor pengangkutan akan dilancarkan secara berfasa tahun depan yang bakal memberi rangsangan positif kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang dijangka mencecah RM3,000 setan metrik.

Tajaan TDS2019, mampu promosi Selangor Bio Bay

PELABUHAN KLANG, 18 Dis – Penyertaan Central Spectrum (M) Sdn Bhd (Central Spectrum) sebagai rakan penaja kejohanan berbasikal 'Tour de Selangor 2019' (TDS 2019) bagi edisi kali ini dilihat mampu mempromosikan kawasan hartanah Selangor Bio Bay (SBB) di Pulau Indah di sini.


Kepentingan dalam Petronas: peluang untuk Sarawak, Sabah miliki saham kelas dunia

KUCHING, 18 Dis  -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Sarawak dan Sabah menimbang kedudukan Petronas sebagai syarikat minyak dunia semasa mengkaji cadangan untuk memilki kepentingan dalam syarikat itu.


KL Summit: Kemunculan Sophia tarik perhatian Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 17 Dis -- ‘Sophia’, robot humanoid sosial, yang akan muncul di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019, hari ini mendapat perhatian khusus daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


TNB naik taraf 15 pencawang elektrik elak ditenggelami banjir

KUALA TERENGGANU, 16 Dis -- Sebanyak lima belas pencawang elektrik yang berisiko ditenggelami banjir akan dinaik taraf untuk kemudahan serta keselamatan orang ramai.


Lima pencawang elektrik TNB ditutup ekoran banjir, jejaskan 103 rumah

JOHOR BAHRU, 15 Dis -- Lima pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (Bhd) terpaksa ditutup sejak petang tadi atas faktor keselamatan berikutan banjir yang melanda Johor sehingga menjejaskan sembilan daerah.

Kerajaan sasar kapasiti tenaga boleh baharu meningkat 20 peratus menjelang 2025

PUTRAJAYA, 13 Dis -- Malaysia komited melaksanakan usaha menangani perubahan iklim selaras dengan Konvensyen Perubahan Iklim dan Perjanjian Paris, yang kerajaan berhasrat meningkatkan kapasiti sumbangan tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 20 peratus menjelang 2025.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]