KUALA LUMPUR, 9 Nov -- Serba Dinamik Group Bhd dan University Malaysia of Computer Science & Engineering (UniMy) telah memeterai sijil kerjasama (Certificate of Collaboration) yang membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam menjalankan latihan teknikal dan perkongsian teknologi, kepakaran serta program pensijilan yang diiktiraf oleh Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Politeknik Malaysia dari Terengganu.
Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata kerjasama itu harus dijadikan sebagai kunci kejayaan kepada Revolusi Industri (IR) 4.0.
“Kita perlu menyedari bahawa silibus pembelajaran abad ke-21 perlu disemaikan dan dilaksanakan mengikut perkembangan teknologi yang berubah dengan pantas bagi menghadapi IR 4.0 di peringkat politenik dan universiti, mereka membuat persediaan dalam menghadapi ekosistem digital,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata ia adalah satu proses yang memerlukan setiap peringkat institusi pengajian memandang serius mengenainya untuk pengadaptasian IR 4.0 supaya kekal relevan dengan perkembangan pasaran semasa.
Majlis menandatangani sijil kerjasama itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook UniMy, ia melibatkan tiga Politeknik iaitu Politeknik Besut Terengganu, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan Politeknik Kuala Terengganu.
CoC ini ditandatangani oleh Naib Canselor UniMy, Professor Datuk Dr Mohd Razali Muhamad, manakala bagi Serba Dinamik pula ditandatangani Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]