KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Solarvest Holdings Bhd (Solarvest) berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif berkaitan tenaga dalam Belanjawan 2021, khususnya pengecualian cukai bagi aktiviti pajakan tenaga solar bagi memacu pelaburan dalam industri itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong berkata ini termasuk melanjutkan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus bagi tempoh sehingga 10 tahun untuk syarikat-syarikat yang melaksanakan aktiviti pajakan tenaga solar.
“Kami berharap ini dapat diteruskan kerana ia terbukti meningkatkan minat selain menggalakkan lebih banyak penyertaan komersial dan industri dalam pelaksanaan tenaga boleh diperbaharui ini,” katanya.
Belanjawan 2021 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November ini.
Selain itu, Solarvest juga berharap lebih banyak program seperti Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui diwujudkan bagi menggalakkan Perjanjian Belian Tenaga (PPA) dalam kalangan korporat serta memacu pelaburan dan penerapan industri tenaga solar.
Chong berkata, syarikat itu juga berharap kerajaan akan meneruskan pelancaran program-program solar berskala besar (LSS) seperti LSS@MEnTARI yang menawarkan kuota 1,000MW bernilai RM2 bilion bagi merangsang pertumbuhan.
“Walaupun program tersebut telah dilanjutkan sejak LSS1, penganugerahan skim itu sebaliknya berbeza setiap tahun. Lebih baik jika terdapat penyeragaman dari segi agihan kuota serta skala program tersebut.
“Oleh itu, kami berharap program LSS akan datang dapat menggunapakai struktur dan skala sama seperti LSS@MEnTARI dengan agihan projek lebih meluas bagi membolehkan lebih banyak penggiat industri meraih manfaatnya,” katanya.
Beliau juga mencadangkan supaya pemaju hartanah diberi insentif cukai dan kuota khas bagi pemasangan panel solar fotovolta (PV) di projek kediaman masing-masing.
“Langkah melibatkan kalangan pemaju ini akan melonjakkan lagi pertumbuhan (tenaga solar) dalam segmen kediaman,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]