KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) memeterai perjanjian dengan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk pemasangan panel solar di bumbung pejabat MBS.
TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata, di bawah Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) itu MBS dijangka dapat menjimatkan RM3.2 juta bil elektrik sepanjang kontrak selama 21 tahun.
Projek pemasangan dengan kapasiti 720 kilowatt peak (kWp) itu dijangka siap April, 2021.
Menerusi projek itu, sejumlah 919,800 kWh tenaga hijau yang dijangka dijana pada tahun pertama mampu mengimbangi pelepasan karbon hasil pembakaran 385 tan metrik arang batu setahun, atau penyerapan karbon dioksida oleh hutan seluas 849 ekar setahun.
“Dengan perjanjian ini, MBS menjadi pihak berkuasa tempatan ketiga selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Seberang Perai yang menggunakan kepakaran GSPARX dalam pemasangan dan operasi panel solar bumbung,” kata TNB.
Melalui GSPARX, TNB menjalin kerjasama dengan entiti seperti majlis bandaraya dan syarikat untuk membolehkan lebih ramai pengguna elektrik menjadi pengeluar swaguna (prosumer).
Sehingga kini, di bawah skim panel solar fotovoltaik (PV), Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan kegunaan kendiri (SELCO) yang dilaksanakan kerajaan, kira-kira 310 pelanggan memeterai perjanjian dengan GSPARX menerusi SARE dan pembelian terus untuk menjana kira-kira 54 MWp tenaga hijau.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]