KUALA LUMPUR, 2 Nov -- OpenSys (M) Berhad menyasarkan 10 rakan penyedia perkhidmatan, perbankan dan insurans mendaftar untuk platform tenaga solar dalam taliannya, bySolar menjelang Disember ini.
Ketua Pegawai Operasi OpenSys Technologies Sdn Bhd Luke Sebastian berkata memperluaskan asas penggiat industri memudahkan lagi proses untuk pengguna, berikutan ia menggalakkan pilihan dan penyesuaian untuk menggunakan penyelesaian solar dan pilihan pembiayaan yang membolehkan setiap pengguna memanfaatkan tenaga solar.
“Kami berharap dapat menjadikan buySolar sebagai peneraju pasaran panel solar dalam talian dan perkhidmatan berkaitan solar di Malaysia dan kami berbesar hati untuk memainkan peranan sebagai pemangkin kepada matlamat negara untuk mencapai sasaran 20 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata OpenSys turut menyasarkan buySolar menjadi pasaran untuk perkhidmatan pemasangan solar yang menyeluruh dan utama, daripada aplikasi dalam talian, perolehan dan pembiayaan kepada penyelenggaraan pemantauan dalam talian dan perkhidmatan selepas jualan.
Bagi tujuan itu, syarikat menandatangani perjanjian kerjasama dengan penyedia EPCC Solarvest Energy Sdn Bhd, anak syarikat Solarvest Holdings Berhad bagi mereka bentuk sistem solar mengikut premis pelanggan, memohon lesen yang diperlukan, mendapatkan produk, membina, menguji dan mengoperasikan panel solar.
Berdasarkan kerajaan dalam belanjawan sebelum ini melanjutkan insentif cukai untuk penggunaan tenaga solar hingga 2023, Luke berharap insentif yang sama akan dilaksanakan pada tahun depan, bagi menggalakkan penggunaan panel solar oleh isi rumah.
Mengenai harapan syarikat terhadap Belanjawan 2021, beliau berkata lebih banyak insentif perlu diperkenalkan bagi mendorong individu menggunakan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber tenaga.
“Langkah ini bukan sahaja dapat melindungi alam sekitar, tetapi turut menggalakkan kaedah alternatif yang mampan dan tahan lama untuk menghasilkan tenaga pada masa depan.
“Selain itu, pemilik kediaman yang menggunakan panel solar juga akan dapat mengurangkan kos elektrik dengan penjimatan 54 peratus hingga 85 peratus jika menggunakan panel solar bergantung kepada tenaga yang digunakan dan saiz bumbung,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]