KUCHING, 17 Sept -- Kerajaan negeri Sarawak telah menerima pembayaran penuh cukai jualan negeri (SST) sebanyak lima peratus produk petroleum negeri untuk 2019 daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata Petronas dan anak syarikatnya telah melunaskan bayaran penuh SST terhadap produk petroleum bagi 2019 yang dinilai oleh Pengawal Selia SST seiring dengan peruntukan Ordinan Cukai Jualan negeri Sarawak,1998.
Abang Johari berkata jumlah yang dibayar oleh Petronas dan anak syarikatnya adalah tanpa faedah dan penalti kerana Petronas telah mematuhi notis yang dikeluarkan kepadanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pengerusi Petronas, Datuk Ahmad Nizam Salleh menyampaikan cek bernilai RM2,956,671,407.36 kepadanya dalam satu majlis yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.
Abang Johari berkata SST untuk tahun ini akan dibayar setelah penilaian dibuat berdasarkan jumlah produk petroleum, iaitu minyak mentah, kondensat, urea dan gas petroleum cecair yang telah dijual.
"Pembayaran SST oleh Petronas dan anaksyarikatnya adalah hasil daripada penyelesaian dicapai antara Petronas, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Ini bermakna Petronas, selepas mencapai kesepakatan akan menarik balik rayuan semakan kehakimannya kepada Mahkamah Rayuan dan seterusnya mengiktiraf kuasa perlembagaan negara untuk mengenakan cukai. Kes kes sivil oleh kerajaan negeri terhadap Petronas juga ditarik balik.
"Setelah penyelesaian proses perundangan ini, Petronas dan anak syarikatnya telah mendaftar sebagai ‘individu yang perlu dikenakan cukai' dan menyerahkan penyata mereka kepada Pengawal Selia SST,” katanya.
Pengawal Selia SST telah membuat penilaian cukai yang harus dibayar, Petronas dan anak syarikatnya diberi notis yang relevan berdasarkan Ordinan pada 10 September tahun ini.
"Kerajaan negeri juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Shell, Murphy Oil, Pertamina dan Sapura OMV yang sebelumnya telah mematuhi dan melunaskan cukai yang dikenakan kepada Sarawak," katanya sambil menambah bahawa cukai penjualan yang dikutip dari syarikat minyak lain berjumlah RM1.38 bilion.
Abang Johari berkata kerajaan negeri sekarang akan menumpukan perhatian terhadap perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mencapai penyelesaian komersial mengenai perkara lain yang berkaitan dengan minyak dan gas yang ditemui dan dihasilkan di Sarawak.
Turut hadir dalam majlis itu iMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]