Berita

Untung bersih Serba Dinamik naik kepada RM148 juta pada suku ketiga



KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Keuntungan bersih  Serba Dinamik  Holdings Bhd meningkat kepada RM148 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 daripada RM113.16 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas. 

Perolehan pada suku tahun itu naik kepada RM1.48 bilion daripada RM1.04 bilion pada tahun sebelumnya berikutan aktiviti yang kukuh daripada segmen operasi dan penyelenggaraan (O&M), katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Katanya O&M menyumbang 83.7 peratus daripada perolehan pada suku ketiga 2020 berikutan aktiviti yang lebih tinggi daripada aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di rantau Timur Tengah seperti Qatar, Oman dan Bahrain serta Malaysia.

“Aktiviti pemeriksaan, pembaikan dan penyelenggaraan (IRM) turut menunjukkan pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding suku ketiga 2019, yang mewakili 17.9 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Rantau Timur Tengah terus menjadi penyumbang perolehan tertinggi kepada syarikat di peringkat serantau dengan 64.3 peratus daripada keseluruhan perolehan pada suku tahun itu, katanya.

 Serba Dinamik  berkata keuntungan bersih setakat ini pada tahun ini meningkat kepada RM429.59 juta daripada RM355.76 juta tahun ke tahun manakala perolehan naik kepada RM4.19 bilion daripada RM3.17 bilion pada tahun sebelumnya.

Mengenai masa depan,  Serba Dinamik  berkata ia terus berhati-hati dan positif dalam mencari peluang perniagaan selain mendapatkan lebih banyak bahagian pasaran, di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Syarikat terus memberikan perkhidmatan bagi kontrak yang sedia ada terutamanya kontrak O&M tanpa gangguan yang ketara di sebalik pandemik COVID-19 pada masa ini berikutan kebanyakan operasi kami adalah industri penting seperti minyak dan gas, penjanaan tenaga serta air dan utiliti,” katanya.

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]