KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Samaiden Group Bhd memperoleh kontrak bernilai RM115.6 juta daripada unit BTM Resources Bhd, BTM Biomass Products Sdn Bhd bagi membangunkan loji tenaga diperbaharui biojisim (RE) 10MWac di Teluk Kalong, Terengganu.
Projek selama 23 bulan itu, yang dijadualkan bermula 2 Januari depan, adalah projek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) Samaiden yang pertama melibatkan loji tenaga RE biojisim.
“Projek ini adalah bukti kemampuan dan pengalaman Samaiden untuk melaksanakan projek EPCC bukan sahaja dengan loji tenaga solar fotovolta dan sistem bumbung, tetapi juga dalambidang loji biojisim.
“Dengan dunia yang kini beralih kepada RE, kami berharap dapat memperoleh lebih projek seumpamanya dalam waktu terdekat,” kata Pengarah Urusan Samaiden Group Ir Chow Pui Hee dalam satu kenyataan hari ini.
Antara skop kerja merangkumi kerja-kerja EPCC, ujian kebolehpercayaan serta pemulihan terhadap kecacatan dalam tempoh liabiliti, serta penyediaan peralatan yang berkaitan dengan projek.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]