Berita

Sarawak Energy siapkan kerja-kerja bagi membolehkan lencongan Sungai Hep Baleh

Sarawak Energy Berhad

KUCHING, 21 Nov  --  Projek Hidroelektrik Baleh (HEP), projek hidrokuasa terbesar Sarawak Energy Bhd setakat ini, yang berkapasiti 1,285 MW telah mencatat pencapaian penting dengan kejayaan menyiapkan terowong dua lencongan, pengalihan sungai dan kerja-kerja penutupan pada Oktober.

Upacara memohon rahmat atau “miring” telah diadakan pada Rabu berikutan permintaan masyarakat setempat sebagai menandakan penyiapan yang selamat bagi pakej penting projek ini.

Dalam kenyataan hari ini, Sarawak Energy berkata penyiapan terowong lencongan, pengalihan dan penutupan sungai itu adalah sebahagian daripada enam pakej kerja projek Baleh.

Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom mengucapkan tahniah kepada Sarawak Energy dan memberi pujian kepada pasukan projek Baleh serta kontraktor berikutan tumpuan yang berterusan  terhadap projek itu meskipun berdepan pelbagai cabaran di tapak projek dan pandemik COVID-19 yang berpanjangan.

“HEP Baleh merupakan satu daripada projek infrastruktur terbesar kerajaan negeri Sarawak dan projek hidrokuasa terbesar Sarawak Energy setakat ini. Projek ini amat penting ke arah memperoleh kapasiti tenaga yang diperlukan bagi pertumbuhan dan pembangunan masa depan Sarawak.

“Ia juga akan menyokong hasrat negeri ini untuk mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2030 dalam menyediakan hidrokuasa boleh baharu untuk pertumbuhan kami.

“Projek ini dijangka memerlukan khidmat kira-kira 3,000 orang dan saya berharap dapat menyaksikan   Sarawak Energy mencapai sasaran kejayaan pentingnya pada masa depan dengan sokongan daripada kerajaan,” kata Rundi.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili berkata HEP Baleh akan menyumbang ke arah mengekalkan status syarikat itu sebagai penyedia tenaga boleh baharu yang terbesar di Malaysia.

“Projek ini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dengan keperluan yang berbeza, dan untuk menyeimbangkannya, sokongan daripada kerajaan dan masyarakat adalah penting agar kami dapat memenuhi sasaran menyiapkan terowong lencongan untuk pengalihan sungai,” katanya sambil menambah bahawa ia sangat penting ke arah mencapai sasaran pengoperasian HEP Baleh menjelang 2026.

Beliau berkata, apabila beroperasi sepenuhnya pada 2026, HEP Baleh akan menyertai loji hidrokuasa Sarawak termasuk Batang Ai, Murum dan Bakun bagi menyokong aspirasi Sarawak untuk menjadi kuasa tenaga boleh baharu dan mampu milik serantau.

-- BERNAMA


 

 


 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]