Berita

Menara Korporat Persada PLUS antara pemenang National Energy Awards 2020



KUALA LUMPUR, 17 Nov  -- Menara Korporat Persada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini diumumkan sebagai pemenang National Energy Awards  (NEA) 2020 Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam Kategori 1: Kecekapan Tenaga bagi Pengurusan Tenaga (Bangunan Besar).  

Di bawah kategori sama, TM Node Skudai Johor turut memenangi anugerah tersebut bagi Bangunan Kecil manakala Top Glove F29 bagi Industri Besar.

Sementara itu, bagi Kategori 2: Tenaga Boleh Baharu (TBB) di bawah sub-kategori Penajaan TBB Tersambung Grid (Grid Kebangsaan) dimenangi Concord Green Energy Sdn Bhd manakala Penajaan TBB Tersambung (Grid Tempatan) dimenangi Sime Darby Plantation Berhad.

KeTSA dalam kenyataan hari ini berkata anugerah tahunan itu dianjurkan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan terbaik dalam kalangan organisasi bagi memacu agenda tenaga lestari negara selain menggalakkan syarikat dan organisasi mengurangkan jejak karbon dengan meminimumkan kebergantungan kepada tenaga elektrik yang dijana melalui bahan api fosil.        

“Anugerah ini dianjurkan secara tahunan sejak 2018 sebagai sebahagian daripada inisiatif kementerian bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan amalan kecekapan tenaga di Malaysia.

“Pengiktirafan ini diharap akan dapat membawa para pemain industri negara ke peringkat antarabangsa yang lebih berprestij. Oleh itu, para pemenang NEA 2020 berada pada kedudukan yang tepat untuk menjadi peneraju industri bukan sahaja di Malaysia, malah untuk keseluruhan rantau Asia Tenggara,” katanya. 

Menurut kenyataan itu, pemenang bagi Kategori 1 dan Kategori 2 akan mewakili Malaysia ke ASEAN Energy Awards  (AEA) 2020 yang dijangka diumumkan keputusannya semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-38 pada 19 Nov ini.

Sementara itu, Menteri KeTSA Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataan sama berkata berdasarkan pencapaian tahun-tahun sebelum ini, beliau amat yakin wakil Malaysia akan memastikan Jalur Gemilang terus berkibar dengan megah di AEA 2020.

“Semua pemenang telah melakukan usaha yang sangat baik dalam meneruskan agenda negara ke arah masa hadapan yang lebih mampan. Saya berharap mereka juga akan berkongsi amalan terbaik, bagi memberikan inspirasi dan galakan kepada organisasi lain dalam mengadaptasi tenaga boleh baharu serta kecekapan tenaga,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]