Berita

Dasar tenaga, gas asli Malaysia perlu setanding negara lain -- MGA



KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Dasar-dasar dan inisiatif kerajaan Malaysia khususnya Dasar Tenaga Negara dan Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR) yang sedang dirangka, perlu setanding dengan negara-negara pengeluar utama bahan tersebut.

Presiden Persatuan Gas Malaysia (MGA) Hazli Sham Kassim berkata MGA misalnya telah menggesa agar NGR diwujudkan sejak 2018 lagi dalam usaha melindungi industri dengan memastikan jaminan bekalan, peningkatan permintaan serta meliberalisasi pasaran.

“Oleh itu, kami amat teruja untuk melihat pengumuman mengenainya pada suku pertama tahun depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, MGA telah berjaya menyelaras Forum Tenaga Antarabangsa (IEF)-Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) Ketujuh yang bertemakan ‘Towards Recovery and Shared Prosperity: Natural Gas Opportunities for a Sustainable World,’ pada Khamis.

Acara dwitahunan itu yang dihoskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, dianjurkan bersama oleh IEF dan IGU dan buat pertama kali dijalankan secara maya di Kuala Lumpur.

Forum itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed turut berperanan sebagai moderator bersama bagi forum peringkat menteri dengan Presiden IGU Prof Joe Kang dan Setiausaha Agung IEF Joseph McMonigle.

Hazli Sham berkata tema lain dalam perbincangan meja bulat itu turut menyentuh kepentingan peranan gas asli dalam peralihan tenaga; menyediakan sumber tenaga asas yang selamat, berpatutan dan mampan dalam sinergi bersama sumber tenaga boleh diperbaharui. 

“Sinergi ini boleh meningkatkan peluang pelaburan penting bukan hanya di peringkat huluan tetapi juga dalam rantaian nilai,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Muhyiddin dan Mustapa di atas kepercayaan bagi merealisasikan forum peringkat tertinggi dan berprestij yang berjaya dijalankan secara maya untuk pertama kalinya selepas Forum Gas Peringkat Menteri IEF-IGU diadakan julung kali pada 2008.

“Sesi itu turut diatur mengikut masa sesuai bagi membolehkan penyertaan mereka daripada zon masa global yang berbeza.

“Secara keseluruhannya, dua panel yang merangkumi seramai 13 Menteri-Menteri Tenaga, 16 pegawai kanan kerajaan, 12 pemimpin pertubuhan antarabangsa dan 40 pemimpin industri dari Asia, Timur Tengah, Afrika, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan menyertai acara ini,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]