Oleh Hamdan Ismail
KUCHING, 7 Dis -- Perjanjian penyelesaian komersial yang ditandatangani di antara Sarawak dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini memberi isyarat permulaan baharu kepada industri minyak dan gas (O&G) di negeri itu, menurut Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA).
Presiden SPECA Datuk Rahman Lariwoo berkata penglibatan lebih besar kerajaan negeri dalam cari gali dan pengeluaran O&G berdasarkan perjanjian itu, akan membuka laluan kepada lebih banyak syarikat tempatan di Sarawak untuk menceburi pembangunan industri berkenaan.
“Dengan perjanjian yang ditandatangani ini, saya berharap penggiat O&G tempatan akan diberikan peluang lebih besar untuk terbabit dalam aktiviti O&G di negeri ini. Ia menandakan satu lagi kejayaan penting negeri ini untuk menuntut hak-hak kami seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Malaysia 1963,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata perjanjian itu juga menandakan bermulanya penglibatan aktif syarikat O&G milik kerajaan negeri Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dalam masa yang terdekat.
“Menerusi peranan yang dimainkan oleh Petros sebagai entiti negeri, penggiat lain akan terbuka untuk menceburi aktiviti hiliran dan huluan O&G,” katanya.
Perjanjian itu yang ditandatangani di Kuala Lumpur disaksikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion mewakili kerajaan negeri untuk menandatangani perjanjian itu, manakala Petronas diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]