Berita

Petronas Carigali ambil alih pengendalian hab gas E11, di luar pesisir Sarawak



KUALA LUMPUR, 7 Jan -- Anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB), mengambil alih pengendalian hab gas E11, yang terletak 130 kilometer (km) di luar pesisir Bintulu, Sarawak, berkuat kuasa 1 Jan, 2021.

Hab E11, yang dihasilkan sejak 1982 di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran Gas Asli Malaysia (MLNG), telah dikendalikan oleh Sarawak Shell Bhd (SSB) selama 38 tahun.

Naib Presiden Aset Malaysia Petronas Bacho Pilong berkata ini merupakan satu pencapaian yang penting kepada PCSB sebagai pengendali hab E11, untuk memastikan bekalan tenaga yang boleh dipercayai, stabil dan bersih ke pasaran selain terus menjadikan Sarawak sebagai hab gas serantau.

“Bagi pihak Petronas, saya mengucapkan terima kasih kepada SSB yang telah mengendalikan hab gas E11 dengan cekap dan bertanggungjawab selama lebih tiga dekad.

“Saya gembira SSB dan Petronas telah melaksanakan semua aktiviti yang diperlukan sejak Julai 2019 untuk memastikan penyerahan hab E11 yang lancar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis untuk memperingati penyerahan tersebut diadakan di pejabat utama SSB di Lutong, Sarawak, pada 31 Dis 2020, dan tanda simbolik disampaikan kepada SSB oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Gas Sarawak PCSB Peter Majid.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]