Berita

Keuntungan bersih GTB melonjak 68 peratus kepada RM91.16 juta pada 2020



KUALA LUMPUR, 18 Feb  -- Keuntungan bersih Greatech Technology Bhd (GTB) meningkat 68 peratus kepada RM91.16 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 daripada RM54.27 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan meningkat 20.9 peratus kepada RM261.13 juta daripada RM215.94 juta, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

GTB berkata prestasi itu didorong oleh peningkatan hasil bagi sistem barisan pengeluaran daripada industri penyimpanan tenaga kenderaan elektrik (EV) serta permintaan untuk pengubahsuaian dan menaik taraf sistem barisan pengeluaran sedia ada dan pesanan ulangan.

Bagi suku keempat Tahun Kewangan 2020, keuntungan bersihnya melonjak 77 peratus kepada RM31.83 juta daripada RM18 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil bagi tempoh tersebut menokok 30.5 peratus kepada RM76.35 juta daripada RM58.52 juta sebelumnya.

“GTB melaksanakan komitmennya dalam tahun penuh mencabar yang  dibelenggu oleh pandemik COVID-19,” katanya, sambil menambah syarikat memasuki 2021 dengan nilai perolehan kontrak yang kukuh dan yakin dengan keupayaannya untuk terus meraih bahagian pasaran dalam industri penyimpanan tenaga kenderaan elektrik.

Sehingga 4 Feb, 2021, nilai perolehan kontak kumpulan berjumlah RM351.2 juta, yang dijangka bertahan hingga separuh pertama 2022.

GTB juga memperuntukkan RM77.37 juta bagi pelaburan perbelanjaan modal yang disasarkan pada 2021 untuk menyokong keperluan operasi dan pertumbuhan, termasuk kemudahan baharu seluas 230,000 kaki persegi di Taman Perindustrian Batu Kawan dan kemudahannya di Amerika Syarikat.

Harga saham GTB turun 19 sen untuk ditutup kepada RM6.06 di Bursa Malaysia hari ini.

-- BERNAMA 

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]