Berita

Petronas : Pengeluaran sulung gas tingkatkan potensi pelaburan Malaysia



KUALA LUMPUR, 16 Feb  -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengesahkan pengeluaran gas sulung dari medan Rotan dan Buluh di Blok H, luar pantai Sabah pada 6 Feb lepas, meningkatkan lagi, potensi pelaburan petroleum di Malaysia.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata PTTEP Sabah Oil Ltd, subsidiari PTT Exploration and Production Public Company Ltd (PTTEP) adalah pengendali Blok H, yang bekerjasama dengan PT Pertamina Malaysia Eksplorasi Produksi dan anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd.

PTTEP merupakan syarikat penerokaan dan pengeluaran petroleum nasional di Thailand, manakala Pertamina adalah syarikat minyak dan gas asli milik Indonesia. 

Naib Presiden Kanan Petronas untuk Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan berkata pengeluaran gas itu mencerminkan kerjasama yang mantap antara Petronas dan pelabur.

''Kedua-dua pihak berkongsi kepakaran serta teknologi untuk mengewangkan medan gas laut dalam yang terpencil dengan memindahkan hasil melalui PFLNG DUA yang dikendalikan oleh PETRONAS Floating LNG Ltd. 

''Selepas jangkaan penghantaran komersial kargo LNG pertamanya menjelang pertengahan Mac 2021, PETRONAS akan menjadi syarikat tenaga global pertama yang memiliki dan mengendalikan dua kemudahan LNG terapung,'' katanya, sambil menambah, sokongan padu daripada kerajaan Sabah juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan pencapaian itu. 

Dengan kemampuan mengeluarkan hasil dari kedalaman air melebihi 1,100 meter, projek ini menandakan satu lagi pencapaian dalam sektor huluan Malaysia kerana ia merupakan medan gas laut dalam pertama yang dilengkapi dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 270 juta kaki padu standard sehari (MMSCFD). 

Gas itu kemudiannya, diterima oleh platform Terapung Gas Asli Cecair kedua PETRONAS (FLNG), fasiliti PFLNG DUA untuk pasaran eksport LNG. 

Penghasilan dari Blok H menyertai aliran pengeluaran sedia ada yang merangkumi tiga blok laut dalam di luar pesisir Malaysia. 

Tambahan empat blok laut dalam sedang ditawarkan dalam Pusingan Bidaan Malaysia 2021 yang dijadualkan pada 26 Feb 2021. 

“Petronas mengalu-alukan pelaburan selanjutnya untuk membuka potensi laut dalam, sejajar dengan usahanya untuk merealisasikan wawasan bagi menjadikan Malaysia sebagai hab laut dalam di Asia Tenggara,” kata syarikat minyak itu.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]