KUALA LUMPUR, 9 Mac -- Orang ramai boleh membuat kiraan penggunaan perkakas elektrik menggunakan kalkulator tenaga di rumah di laman web myTNB, Tenaga Nasional Bhd (TNB).
TNB dalam kenyataannya hari ini memaklumkan menerusi www.mytnb.com.my/energy-efficiency/home-energy-savings-tips/home-energy-calculator, anggaran pengiraan itu berdasarkan keadaan peralatan yang berfungsi dengan sempurna, kerana kecekapan peralatan akan berkurangan jika semakin lama ia digunakan berikutan faktor usia.
"Pengguna yang berhasrat untuk membeli peralatan elektrik yang baharu dinasihatkan memilih perkakas elektrik berpandukan label Kecekapan Tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Peralatan berlabel cekap tenaga empat atau lima bintang lebih menjimatkan penggunaan elektrik," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, TNB menyatakan akibat taburan hujan yang agak rendah sejak Februari serta gelombang haba baru-baru ini, permintaan elektrik puncak bagi Semenanjung Malaysia melonjak kepada 18,035 megawatt (MW) pada 2 Mac lepas, berbanding 17,501MW pada Februari dan 16,585MW pada Januari.
Menurutnya permintaan elektrik yang tinggi itu salah satunya didorong oleh penggunaan penyaman udara yang lebih kerap dan tempoh yang panjang.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]