KUALA LUMPUR, 25 Mac -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjadi syarikat tenaga global yang pertama mengeluarkan gas asli cecair (LNG) daripada dua kemudahan terapung berikutan penghantaran kargo pertama oleh Petronas Floating LNG DUA (PFLNG DUA) pada 24 Mac, 2021.
IPOH, 24 Mac -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan berhubung pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan yang mendapat bantahan kira-kira 3,000 penduduk Orang Asli di kawasan itu.
KUALA LUMPUR, 23 Mac -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus optimis terhadap potensi minyak dan gas yang kukuh dan sentiasa berusaha untuk mewujudkan situasi pelaburan yang kondusif.
SEBUYAU (Sarawak), 23 Mac -- Pendapatan Sarawak daripada hasil sumber gas dan minyak dijangka akan terus bertambah berikutan penemuan kawasan gas baharu di perairan Sarawak baru-baru ini, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 Mac -- Unit Perancang Ekonomi (EPU) kini di peringkat akhir merangka Dasar Tenaga Negara yang berperanan sebagai agenda perancangan serta pembangunan sektor tenaga dalam usaha peralihan kepada masa depan berkarbon rendah.
GEORGE TOWN, 23 Mac -- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang mencari dan mempertimbangkan pilihan bagi pemasangan sistem solar di kemudahannya yang lain untuk menjana lebih banyak penjimatan kos.
KUALA LUMPUR, 22 Mac -- Gabungan penggunaan meter pintar bersama aplikasi MyTNB mampu membantu pengguna kediaman mengawal penggunaan elektrik sekali gus dapat mengelakkan pembaziran.
JOHOR BAHRU, 18 Mac -- Johor terus berusaha bagi mendapatkan kelulusan kerajaan persekutuan membabitkan cadangan taman tenaga solar bernilai RM1.4 bilion di Pengerang, Kota Tinggi.
KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Industri minyak dan gas Malaysia berada dalam kitaran pemulihan tahun ini, dengan beberapa sektor dalam kalangan industri ini dijangka mencatat pemulihan secara beransur-ansur seperti kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC), kata AmInvestment Bank Bhd.
KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Petronas berjaya menetapkan harga untuk nota tranche tunggal berjangka tujuh tahun bernilai AS$600 juta (AS$1=RM4.13).
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]