Berita

Petronas, syarikat tenaga global pertama hasilkan LNG daripada dua kemudahan terapung



KUALA LUMPUR, 25 Mac -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjadi syarikat tenaga global yang pertama mengeluarkan gas asli cecair (LNG) daripada dua kemudahan terapung berikutan penghantaran kargo pertama oleh Petronas Floating LNG DUA (PFLNG DUA) pada 24 Mac, 2021.

Kargo tersebut dimuatkan ke dalam kapal pengangkut LNG Seri Camar yang dikendalikan oleh MISC Bhd untuk penghantaran kepada Pembeli LNG Petronas di Thailand, katanya dalam kenyataan hari ini.

Petronas berkata PFLNG DUA, kini terletak di lapangan gas Blok H Rotan, 140 kilometer di luar pesisir Sabah, mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta tan LNG setahun dan beroperasi pada kedalaman air 1,300 meter.

Katanya pencapaian ini mengesahkan usaha berterusan Petronas untuk membuka lapangan gas laut dalam dan terdampar dengan penyelesaian LNG terapung (FLNG) yang lebih mampan dan menjimatkan berbanding penyelesaian konvensional.

“Petronas berbangga dengan pencapaian ini daripada kemudahan LNG terapung kedua kami. Kargo pertama PFLNG DUA menunjukkan komitmen kami untuk meneruskan usaha perintis kami dalam menyediakan penyelesaian yang lebih mampan untuk memanfaatkan lagi nilai daripada pengeluaran LNG melalui kemajuan teknologi.

“Begitu juga dengan kemudahan terapung utama kami, mobiliti PFLNG DUA akan membolehkan kami membuka lebih banyak lapangan gas yang terpencil dan terdampar pada masa depan, menyediakan Petronas dengan sumber LNG yang baharu dan mampan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga bersih,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Petronas berkata dengan penghantaran kargo pertama PFLNG DUA, Petronas terus memperluas kepimpinannya dalam teknologi FLNG, selepas memperkenalkan PFLNG SATU, LNG terapung operasi pertama di dunia, pada 2016.

PFLNG SATU turut menyelesaikan penempatan semula FLNG yang pertama di dunia apabila ia dipindahkan ke lapangan gas Kebabangan, Sabah dari lapangan gas Kanowit di Sarawak pada Mac 2019.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]