Senarai Berita

Gas asli sumbang RM400 bilion kepada kewangan awam pada dekad akan datang

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Gas asli dijangka menyumbang hampir RM400 bilion kepada kewangan awam dalam dekad akan datang dan memberi sumbangan ekonomi yang besar kepada negara pengeluar gas, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.


Gas asli main peranan penting dalam peralihan tenaga - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 3 Nov -- Gas asli akan terus membantu merapatkan peralihan tenaga yang tidak dapat dielakkan dan menangani isu perubahan iklim yang dihadapi dunia, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Serba Dinamik raih projek bernilai AS$114.3 juta di seluruh rantau

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Anak syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd meraih sembilan kontrak di seluruh rantau ini dengan lima daripadanya mempunyai gabungan nilai anggaran kira-kira AS$114.3 juta (AS$1=RM4.07).


Pemulihan ketara dalam sektor minyak & gas dijangka pada separuh kedua 2021 

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Pemulihan permintaan dalam industri minyak dan gas masih lemah berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 manakala penawaran minyak dijangka kekal berlebihan sehingga separuh pertama 2021, menurut penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd.


Sarawak rancang jual LPG, barang keperluan kepada Kalimantan

KUCHING, 2 Dis -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata negeri berhasrat untuk membekalkan gas petroleum cecair (LPG) ke Kalimantan, Indonesia selepas berjaya membekalkan tenaganya di sana.


Parlimen: Pengumuman mengenai NEM akan dibuat dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan membuat pengumuman rasmi dalam tempoh terdekat berkenaan skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM), kata menteri berkenaan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.


KPower perkukuh kehadiran serantau selepas hasil suku pertama mengagumkan

KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Kumpulan Powernet Bhd (KPower) merancang untuk memperluaskan lagi kehadiran geografinya dalam sektor tenaga dalam ASEAN dan Asia Selatan, di tengah-tengah prospek kukuh bagi sektor itu.


Taliworks ceburi pasaran tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR, 30 Nov  -- Taliworks Corporation Bhd akan menceburi pasaran tenaga boleh diperbaharui (RE) menerusi cadangan pengambilalihan empat projek solar membabitkan agregat kapasiti puncak 19.0 megawatt dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Hess Malaysia diiktiraf AMCHAM, guna pakai amalan terbaik laksana projek CSR

KOTA BHARU, 26 Nov -- Hess Malaysia, anak syarikat Hess Corporation diiktiraf sebagai syarikat yang mengguna pakai amalan terbaik dalam melaksanakan projek warga korporat atau tanggungjawab sosial korporat (CSR) di negara ini.


Malakoff rancang kembangkan perniagaan tenaga boleh baharu - CGS-CIMB

KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Malakoff Corporation Bhd menyasar untuk mengembangkan perniagaan pengurusan sisanya dengan terlibat dalam loji tenaga sisa-kepada-tenaga (WTE), biogas dan biojisim, menerusi penyertaan dalam bidaan loji WTE Johor dan Solar 4 berskala besar tahun ini.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]