Senarai Berita

Serba Dinamik dapat kontrak bernilai RM548.2 juta

KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu, Serba Dinamik Holdings Bhd memulakan tahun 2021 dengan mendapat 11 kontrak dalam operasi serta penggendalian (O&M), kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) serta dalam maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT).


Purata harga jualan gas asli turun kepada RM22.14/MMBtu dalam suku pertama

KUALA LUMPUR, 12 Jan -- Purata harga jualan gas asli untuk diguna pakai bagi Gas Malaysia Energy and Services Sdn Bhd dari 1 Jan hingga 31 Mac 2021, akan ditetapkan pada RM22.14/juta Unit Terma British (MMBtu). 


Advancecon memeterai perjanjian pembelian tenaga dengan dua syarikat

KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Advancecon Holdings Bhd akan menjana jumlah kapasiti sebanyak 993.96 kilowatt (kWp) tenaga solar di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih berikutan pemeteraian perjanjian pembelian tenaga dengan dua syarikat hari ini.


Kontrak Jerun CPP pacu momentum nilai perolehan kontrak Sapura Energy

KUALA LUMPUR, 8 Jan-- Nilai perolehan kontrak Sapura Energy Bhd dijangka terus meningkat berikutan ia dijangka mendapat kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pengoperasian (EPCIC) untuk platform pemprosesan pusat (CPP) bagi pembangunan lapangan Jerun SapuraOMV Upstream Sdn Bhd, di luar pesisir Sarawak. 


Pelaksanaan mandat biodiesel Malaysia ditangguh

KUALA LUMPUR, 7 Jan  -- Mandat biodiesel B20 Malaysia akan ditangguhkan selama enam bulan hingga awal tahun 2022, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Ravi Muthayah. 


Petronas Carigali ambil alih pengendalian hab gas E11, di luar pesisir Sarawak

KUALA LUMPUR, 7 Jan -- Anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB), mengambil alih pengendalian hab gas E11, yang terletak 130 kilometer (km) di luar pesisir Bintulu, Sarawak, berkuat kuasa 1 Jan, 2021.


ITRAMAS sasar 60 peratus pendapatan daripada segmen solar

KUALA LUMPUR, 3 Jan -- ITRAMAS Corporation Sdn Bhd terus optimis terhadap prospek perniagaannya dan menyasarkan pendapatan lebih tinggi sebanyak RM300 juta pada tahun ini daripada RM250 juta sebelum ini, untuk segmen pelbagai, terutamanya teknologi hijau.


Petronas jangka industri minyak dan gas hadapi cabaran pada 2021

KUALA LUMPUR, 31 Dis -- Prospek industri minyak dan gas pada tahun 2021 dijangka akan kekal mencabar disebabkan kemerosotan permintaan yang belum pernah terjadi sebelum ini akibat daripada pandemik COVID-19, ia telah memberi kesan kepada pasaran domestik dan global, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).


KeTSA perkenalkan tiga inisiatif galak pengguna elektrik pasang solar fotovoltaik

PUTRAJAYA, 29 Dis -- Dalam memberi peluang kepada lebih ramai pengguna elektrik memasang solar fotovoltaik (PV) di bumbung bangunan masing-masing bagi penjimatan bil elektrik, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memperkenalkan Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0.


Lithium Werks Menjual Unit Perniagaan Modular Kepada Lithion Power Group

AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 23 Dis (Bernama) -- Lithium Werks, peneraju global dalam pengeluaran, teknologi dan harta intelektual sel Ferum Fosfat Litium, mengumumkan bahawa mereka telah menjual modul Valence™ dan aset BMS miliknya kepada Lithion Power Group, sebuah pengeluar sel dan pek bateri boleh cas semula dan tidak boleh cas semula yang disepadukan secara vertikal.

Hasil jualan tersebut, Lithium Werks akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam membangunkan bahan Nanophosphate™ yang “terbaik dalam kelasnya”, pengeluaran sel, penyelesaian OEM tersuai, meningkatkan R&D, dan mengembangkan dan mengukuhkan lagi portfolio paten katod Ferum Fosfat Litium (LFP) miliknya.



    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]