Berita

Serba Dinamik lantik syarikat bebas untuk menilai berkenaan audit



KUALA LUMPUR, 3 Jun --  Serba Dinamik  Holdings Bhd telah melantik syarikat bebas untuk menilai kebenaran dan ketepatan yang dibangkitkan juruaudit luarnya dan akan melaporkan keputusan penilaian itu kepada jawatankuasa bebas yang ditubuhkan.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata jawatankuasa berkenaan tidak akan mempunyai wakil daripada pihak pengurusan bagi memastikan kebebasannya.

Pada 28 Mei, pemegang saham terbesar kedua  Serba Dinamik , Datuk Abdul Kadier Sahib mencadangkan penamatan KPMG PLT sebagai juruaudit luarnya.

Dalam auditnya, KPMG PLT telah menandakan urus niaga jualan, belum terima dan belum bayar tertentu yang berjumlah melebihi RM3 bilion.

Pada 2 Jun, Abdul Kadier menarik balik notis untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menggantikan KPMG sebagai juruaudit luar syarikat itu dan cadangan menamakan BDO PLT sebagai juruaudit baharu.

Penarikan itu dibuat selepas pertimbangan sewajarnya berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan para pemegang saham dan pihak berkepentingan yang telah menyokong syarikat itu.

 Serba Dinamik  berkata lembaga pengarahnya menerima Notis Penarikan Balik itu, justeru, memutuskan bahawa perkara itu tidak lagi dibincangkan.

“Yakinlah bahawa kami akan memastikan bahawa tadbir urus korporat syarikat berada pada tahap tertinggi dan kami kekal bebas dalam melaksanakan tanggungjawab kami.

“Kami memohon pemahaman dan sokongan para pemegang saham dan pihak berkepentingan agar syarikat dapat mengharungi situasi ini, dan kami yakin, lembaga pengarah, pengurusan dan syarikat ini akan sentiasa menawarkan nilai seperti yang dibuktikan dalam Tawaran Awam Awal (IPO) pada 2017,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif dan pemegang saham terbesar kumpulan, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah telah membeli 5.0 juta saham di pasaran terbuka pada Isnin, meningkatkan kepentingannya melebihi satu bilion saham atau 27.07 peratus.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]