KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Messrs KPMG PLT telah menyerahkan notis peletakan jawatannya sebagai juruaudit Serba Dinamik Holdings Bhd, berkuat kuasa serta-merta, berikutan saman yang difailkan terhadap mereka oleh penyedia perkhidmatan kejuruteraan minyak dan gas itu.
Serba Dinamik dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata notis itu menyatakan bahawa saman yang telah difailkan pada 22 Jun lepas terhadap KPMG PLT berhubung audit berkanun berterusan syarikat bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021, telah menjejaskan keupayaan juruaudit itu untuk meneruskan auditnya secara profesional.
''Syarikat kini sedang mengenal pasti juruaudit baru untuk dilantik, sesuai dengan Seksyen 271(2)(b) Akta Syarikat 2016 dan akan membuat pengumuman dengan segera selepas pemuktamadan pelantikan juruaudit ini," katanya.
Dalam kenyataan berasingan, Serba Dinamik berkata ia tidak pernah mendakwa pengerusinya telah berhubung secara rasmi dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau Bursa Malaysia Bhd (Bursa).
"Kami menghargai institusi tersebut kerana tidak merumitkan fakta kes ini, fakta yang masih ada pada umumnya," katanya.
Syarikat itu memperakui pendapat oleh SC dan Bursa bahawa juruaudit boleh mempunyai beberapa elemen keraguan secara profesional semasa audit.
"Tetapi keraguan ini wajar dimaklumkan kepada pelanggan untuk mencari penyelesaian ke atas perkara-perkara yang diketengahkan dan atas dasar keraguan semata-mata tidak mencukupi untuk juruaudit membuat laporan secara pramatang kerana ini akan memudaratkan syarikat serta pasaran," tambahnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]