KUALA LUMPUR, 14 Jun -- Lembaga Pengarah Serba Dinamik Holdings Bhd pada dasarnya bersetuju untuk melantik Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd (E&Y) sebagai penyemak bebas untuk menilai kebenaran dan ketepatan isu yang diketengahkan oleh juruaudit luar KPMG PLT.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu berkata pengumuman terkini akan dibuat mengenai pemuktamadan terma dan syarat pelantikan tersebut.
Dalam makluman berasingan, Serba Dinamik berkata Lembaga Pengarah telah mengenal pasti pengarah bebas untuk membentuk jawatankuasa bagi menguruskan perkara berkaitan dengan kajian bebas.
“Lembaga Pengarah telah meminta pengarah bebas untuk memuktamadkan komposisi jawatankuasa bebas dan terma rujukannya.
“Syarikat akan membuat pengumuman apabila komposisi tersebut kukuh dan terdapat butirannya,” katanya.
Serba Dinamik menafikan spekulasi bahawa ia hanya akan mengambil orang luar sebagai ahli jawatankuasa bebas dan tiada ahli Lembaga Pengarah yang akan terlibat dalam kumpulan bebas itu.
Selain itu, syarikat mengumumkan pelantikan pengarah bebas dan bukan eksekutif yang baharu terdiri daripada Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, 65; Johan Mohamed Ishak, 45; dan Masleena Zaid, 45, berkuat kuasa 11 Jun.
Mohamed Ilyas adalah Pengerusi Eksekutif Koperasi Amanah Pelaburan Bhd (KAPB).
Beliau dan Johan, masing-masing adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan, Awesome Media Network Sdn Bhd, syarikat di bawah KAPB.
Masleena adalah Rakan Pengurusan di Messrs Masleena, Yee & Partners. Beliau dan Mohamed Ilyas adalah Pengarah unit KAPB, AP Holding Bhd.
Sebelum ini, KPMG membangkitkan beberapa kebimbangan, termasuk pengesahan pelanggan daripada pelanggan luar berkaitan urus niaga jualan, carian pelanggan dan syarikat pembekal di Bahrain serta kesahihan kontrak teknologi maklumat mengenai baki belum terima perdagangan dan urus niaga jualan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]