Senarai Berita

MDV biaya hampir RM1 bilion projek tenaga hijau

PADANG TERAP, 15 Feb  -- Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV) telah meluluskan dana berjumlah RM912.4 juta untuk projek dalam sektor tenaga hijau, sekaligus menjadi pembiaya tertinggi di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) sejak ia diperkenalkan pada 2010.


Petronas, Sumitomo jalin kerjasama pemasaran dan bekal simpanan LNG

KUALA LUMPUR, 11 Feb  -- Petronas Trading Corporation Sdn Bhd (Petco), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), telah memeterai satu memorandum kerjasama (MoC) dengan firma Jepun, Sumitomo Corporation bagi pemasaran dan membekal kemudahan simpanan gas asli cecair (LNG) serta perkhidmatan berkaitan di bawah jenama Petronas Marine di Malaysia serta Teluk Tokyo, Jepun.


Tempoh getir dihadapi industri minyak dan gas dianggap telah berakhir

KUALA LUMPUR, 11 Feb  --  Dalam jangka masa pendek, tempoh getir yang diharungi industri minyak dan gas nampaknya kelihatan telah berakhir selepas bencana pada 2020 yang disebabkan oleh kejutan bekalan, penurunan permintaan yang belum pernah berlaku sebelum ini bagi komoditi itu dan krisis kemanusiaan global akibat daripada pandemik COVID-19. 


Sapura dapat kontrak dengan nilai gabungan RM1.85 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Feb -- Sapura Energy Bhd berjaya mendapat kontrak melalui bahagian penggerudian serta kejuruteraan dan pembinaan (E&C) dengan nilai gabungan kira-kira RM1.85 bilion.


Petronas catat pencapaian operasi autonomi menerusi teknologi O-PAS

KUALA LUMPUR, 10 Feb -- Petronas dijangka mencatat kemajuan penting dalam operasi autonomi yang bertujuan mengoptimumkan sumber serta meminimumkan pendedahan pekerja kepada ancaman bahaya.


Petronas, JERA meterai MoU jalin kerjasama inisiatif tenaga rendah karbon

KUALA LUMPUR, 9 Feb -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan JERA Co Inc Jepun untuk bekerjasama dalam pelbagai inisiatif tenaga rendah karbon meliputi gas asli cecair (LNG), ammonia dan hidrogen.


SCIB peroleh dua kontrak bernilai RM821 juta di Kuching, Qatar

KUALA LUMPUR, 9 Feb -- Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) telah memperoleh  dua kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dengan nilai keseluruhan  RM821.32 juta.


Widad meterai MoC projek pengurusan loji fotovolta

KUALA LUMPUR, 3 Feb -- Widad Group Bhd (Widad) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Motion Ventures Sdn Bhd (MVSB) berkaitan pengurusan kemudahan projek loji fotovolta berskala besar di Sungkai, Perak, serta 66 projek solar komuniti.


MIDA sasar jana potensi bernilai RM2 bilion pada IGEM 2021

KUALA LUMPUR, 26 Jan  -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mensasarkan menjana potensi perniagaan bernilai RM2 bilion pada Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa (IGEM) 2021.


Tawaran saham persendirian Serba Dinamik untuk jana pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 20 Jan  -- Serba Dinamik Holdings Bhd berkata cadangan tawaran penempatan persendiriannya akan membolehkan kumpulan itu mengurus tahap mudah tunai dan penggearan untuk membiayai operasi semasa serta pertumbuhan masa depan syarikat. 




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]