Berita

Vsolar dan Pasukhas jalin kerjasama untuk projek solar



KUALA LUMPUR, 12 Julai -- Vsolar Engineering Sdn Bhd dan Pasukhas Energy Sdn Bhd berkata mereka telah menandatangani perjanjian kolaborasi untuk menyediakan perkhidmatan kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) kepada industri pertanian solar.

Ia untuk memenuhi sejumlah besar projek solar yang akan beroperasi dalam 24 tahun akan datang bulan.

Kerjasama tersebut akan menyaksikan Vsolar dan Pasukhas menggabungkan sumber daya mereka untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pelaksanaan projek untuk sebarang projek solar berskala besar (LSS) pada masa akan datang yang memerlukan kontraktor utama siap bina atau 'turnkey' untuk menjalankannya.

"Pasukhas Energy mempunyai pasukan kejuruteraan dan pembinaan yang berdedikasi dengan rekod prestasi yang banyak dalam pengurusan projek dan kerja-kerja sivil, loji hidro mini dan loji janakuasa.

"Berkerjasama dengan Vsolar yang mempunyai kepaksaran dalam pemindahan teknologi serta rantaian bekalannya daripada penyelesaian vendor yang kompetitif dan inovatif untuk kerja-kerja berasaskan solar.

“Kolaborasi itu akan memberi kontraktor utama penyelesaian reka bentuk, membina dan pengoperasian kepada pelbagai penerima kontrak LSS yang kini merancang melaksankan kerja-kerja tersebut pada masa terdekat,” kata Vsolar dan Pasukhas dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan.

Tenaga solar kekal masih di peringkat awal di Malaysia walaupun Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) telah dilancarkan pada tahun 2016 untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan orang ramai.

Penggunaannya dijangka meningkat kerana seluruh dunia mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil, justeru Vsolar dan Pasukhas melakukan persediaan untuk mengalihkan sumber daya dalam kerja-kerja yang akan dilakukan kelak, katanya.

Vsolar berkata bahawa ia akan memanfaatkan kekuatannya menerusi hubungannya dengan pelbagai penyedia teknologi dan penyedia perkhidmatan untuk menyumbang teknologi canggih, metodologi pembinaan modular yang cekap, pengukuran Internet Pelbagai Perkara (IOT) untuk kecekapan serta unjuran penggunaan dan pengurusan digital untuk mengurangkan kos operasi.

Vsolar ketika dalam perbincangan dengan pelbagai pihak di seluruh dunia untuk mengembangkan sistem pengurusan IOT yang sesuai dengan lanskap dan pola cuaca di Malaysia.

Kerjasama itu telah menghasilkan rundingan dengan beberapa infrastruktur dan dana berasaskan tenaga yang boleh diperbaharui untuk juga menyediakan pakej penyelesaian lengkap, termasuk pembiayaan perbelanjaan modal.

Selain itu, kerjasama berkenaan adalah bertujuan untuk menyediakan platform pembiayaan, reka bentuk, pembinaan dan operasi kepada semua penerima tender LSS 4.

Sebelum ini, proses tender LSS 4 kerajaan telah menarik 138 pembida, berjumlah sekitar RM4 bilion, yang menunjukkan minat daripada sektor swasta terhadap tenaga boleh diperbaharui.

-- BERNAMA

 

TAG:


SHI TKB CYC YAM





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]