KUALA LUMPUR, 9 Julai -- Operasi limbungan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB), MMHE West di Pasir Gudang, Johor sekarang ini dijana dengan panel-panel tenaga solar.
Kejayaan ini dicapai selepas selesainya pemasangan panel solar fotovoltan (PV) oleh M daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata penyedia industri tenaga dan penyelesaian laut itu dalam satu kenyataan hari ini.
M adalah jenama penyelesaian solar Petronas, yang mana perjanjian itu akan berlangsung selama 21 tahun sehingga 2042.
MHB memberitahu pemasangan solar bumbung berkuasa 8.3 megawatt (MWp) di MMHE West mewakili pemasangan solar atas bumbung yang terbesar dalam satu kompleks di Malaysia.
Panel solar PV itu memiliki 18,720 unit dengan ukuran 440,496 kaki persegi secara keseluruhan akan memberikan tenaga untuk lapan bangunan di MMHE West.
Panel-panel ini secara kolektif menghasilkan kira-kira 10,000-megawatt jam (MWh) tenaga bersih setiap tahun.
“Ini mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 6,286 tan ke atmosfer setiap tahun.
Sekali gus, bermakna 132,000 tan pelepasan karbon dikurangkan sepanjang 21 tahun, bersamaan dengan menanam dua juta pokok,” kata MHB.
Tenaga yang dihasilkan daripada panel solar itu cukup untuk menerangi 725 rumah dua tingkat selama setahun.
Dianggarkan RM30 juta akan dijimatkan dalam bil elektrik selama 21 tahun.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]