Berita

Petronas guna tenaga solar untuk pertingkat kecekapan tenaga



KUALA LUMPUR, 8 Julai  -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memulakan inisiatif untuk menggunakan tenaga solar di aset kumpulan di seluruh negara untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Petronas untuk memajukan agenda kelestariannya dan mencapai aspirasi Sifar BersihPelepasan Karbon (NZCE) menjelang tahun 2050 (NZCE 2050) melalui perniagaan tenaga baharunya.

"Penggunaan tenaga solar di aset kami merupakan sebahagian daripada perjalanan kami menuju NZCE 2050.

"Walaupun kita mempunyai peranan aktif dalam membekalkan perniagaan dengan tenaga bersih, kami menyedari bahawa usaha transformasi juga harus dimulakan di Malaysia," kata Ketua bahagian Tenaga Baharu, Dr Jay Mariyappan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata syarikat minyak dan gas nasional itu akan menggunakan penyelesauan solar M oleh Petronas sendiri untuk pemasangan, ia menggabungkan sistem dan produk berkualiti tinggi yang disediakan untuk pelanggan di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, empat aset Petronas akan dipasang dengan sistem tenaga solar di atas tanah dan bumbung menjelang tahun ini.

Apabila siap, sistem tenaga solar utyu akan mempunyai kapasiti gabungan lebih daripada 66 megawatt puncak (MWp), ia akan  membantu syarikat mencapai penurunan sebanyak 58,000 tan karbon dioksida setara dengan setahun.

Usaha ini merangkumi pemasangan solar bumbung 8.33MWp di Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB), Pasir Gudang, Johor, iaitu MMHE West, ia merupakan pemasangan terbesar di sebuah kawasan di Malaysia, selain daripada pemasangan bumbung solar 7.3MWp di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak yang akan siap dibina pada akhir 2021.

Ini juga merangkumi pemasangan solar 49.0MWp di tanah dan bumbung Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor, ia disasarkan siap pada suku pertama 2022, serta pemasangan bumbung solar 1.4MWp di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) di Terengganu.

"Pemasangan di INSTEP juga akan melihat sistem latihan solar 5kWP tambahan yang dipasang untuk memberi pelajar belajar secara langsung, selain modul dan produk tenaga boleh diperbaharui yang ditawarkan oleh institut tersebut," kata Jay.

Justeru, gabungan kapasiti yang dipasang di empat aset tersebut dapat menjana tenaga yang mencukupi untuk memberi tenaga kepada lebih daripada 20,000 isi rumah.

Melangkah ke hadapan, Petronas akan terus menilai penggunaan tenaga asetnya dan portfolio kumpulannya untuk mengenal pasti peluang untuk proses elektrik serta memaksimumkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebagai sebahagian daripada pendekatan secara berfasa untuk mencapai NZCE 2050.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]