KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Serba Dinamik Group Bhd (SDGB) telah mengaktifkan teleport dan Pusat Operasi Rangkaian (NOC) pertamanya dengan rakan kongsi strategik, Network Innovations, penyedia teknologi bersepadu global.
Dalam satu kenyataan, SDGB berkata peranan utamanya dalam Nexus Ekonomi Angkasa Baharu (NSEN) ini adalah untuk melabur dalam aset dan infrastruktur bagi menyelesaikan isu yang berkaitan bumi dari ruang angkasa,
“Bagi membangunkan teknologi satelit, SDGB bekerjasama dengan peneraju industri global bagi memanfaatkan pengetahuan teknikal dan keupayaan mereka untuk pengembangan perniagaan dan kerjasama industri-akademik,” katanya.
SDGB berkata Bahagian Teknologi Angkasa Lepas itu sedang memulakan projek tanggungjawab sosial korporat untuk menyokong Kerajaan Malaysia dengan menawarkan penyelesaian kesalinghubungan ke kawasan yang kurang mendapat perhatian di empat kawasan terpilih.
“Kesemua kawasan ini dijangka beroperasi pada minggu kedua Julai 2021,” katanya.
SDGB berkata ia juga akan mula melabur dalam aset dan infrastruktur berkaitan dengan kesalinghubungan satelit.
“Sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjangnya, SDGB kini pada fasa reka bentuk satelit komunikasinya sendiri dengan rakan kerjasama dari seluruh dunia.
“Fasa reka bentuk ini melibatkan rakan kerjasama universiti NSEN. Pelancaran utama perkhidmatan satelit akan dimulakan tidak lama di Sarawak,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]