Senarai Berita

Petronas, Sarawak Energy jalin kerjasama hasilkan tenaga lebih bersih

KUCHING, 4 Mac  -- Kerjasama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dengan Sarawak Energy Bhd adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat minyak dan gas nasional itu untuk menyediakan tenaga yang mampan dan bersih.


Sarawak Energy peneraju utama kurangkan pelepasan karbon negara

Oleh Robert Kenneth Henry

KUCHING, 4 Mac -- Sarawak Energy Bhd akan menjadi peneraju utama dalam mengurangi intensiti pelepasan karbon negara sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dan sebagai memenuhi komitmen Perjanjian Paris Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-21 (COP 21), kata Pengerusi Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi kepada Bernama.


Petronas meterai lembaran terma PPA dengan Sarawak Energy

KUCHING, 4 Mac -- Sarawak Energy Bhd memeterai lembaran terma perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada Khamis untuk menyediakan bekalan tenaga 90 megawatt (MW) kepada kompleks Malaysia LNG di Tanjung Kidurong, Bintulu selama 20 tahun.


TNB teroka pasaran tenaga boleh diperbaharui Vietnam

KUALA LUMPUR, 4 Mac -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam usaha menguasai pasaran tenaga boleh diperbaharui Vietnam akan bekerjasama dengan Sunseap Group, Singapura melalui subsidiarinya, TNB Renewables Sdn Bhd dalam projek berkapasiti 21.6 MW yang merangkumi lima loji solar di negara itu.


Serba Dinamik, MYSA akan jalin kerjasama ekonomi angkasa baharu

KUALA LUMPUR, 3 Mac  -- Serba Dinamik Group Bhd dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) akan bekerjasama untuk mengukuhkan lagi pembangunan ekonomi dan industri angkasa Malaysia.


Minetech Resources kini sebagai pelabur Solar PV Berdaftar di bawah SEDA

KUALA LUMPUR, 3 Mac  -- Minetech Resources Bhd kini berdaftar sebagai Pelabur Solar Fotovoltaik Berdaftar (RPVI) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) di bawah program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0.


TNB ambil alih aset angin tarif galakan di UK, teroka pasaran di Singapura dan Vietnam

KUALA LUMPUR, 3 Mac  -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini dalam perbincangan untuk mengambil alih aset angin Tarif Galakan (FiT) di United Kingdom (UK) melalui International Asset Group (IAG), kata MIDF Research.


TNB sasar pasang 1.5 juta meter pintar di Lembah Klang, Melaka

KUALA LUMPUR, 3 Mac  -- Sebanyak 1.5 juta pemegang Akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Melaka dan Lembah Klang bakal dilengkapi dengan meter pintar menjelang hujung tahun ini.


Techfast teroka perniagaan petroleum, pengisian bahan api

KUALA LUMPUR, 2 Mac -- Kumpulan pembuatan komponen, Techfast Holdings Bhd bercadang untuk mempelbagaikan perdagangan kepada produk petroleum, pengisian bahan api (bunker) serta perniagaan lain yang berkaitan.


TNB luaskan jejak RE antarabangsa menerusi kerjasama Sunseap Group Singapura

KUALA LUMPUR, 2 Mac -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Renewables Sdn Bhd memeterai kerjasama lembaran terma terikat dengan Sunseap Group untuk memanfaatkan pasaran tenaga boleh diperbaharu (RE) dan perjanjian pembelian tenaga (PPA) korporat di Singapura.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]