KUALA LUMPUR, 24 Ogos -- Tenaga Nasional Bhd (TNB), melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Topaz Energy Sdn Bhd (TNBTE), menjual kesemua 105.6 juta unit daripada pelaburan Peringkat 1 dalam debentur boleh tukar wajib (CCD) yang dikeluarkan oleh GMR Bajoli Holi Hydropower Private Ltd (GBHH) yang berpangkalan di India dengan nilai 1.176 bilion rupee India (RM67.04 juta).
TNB berkata penjualan pelaburan CCD itu didorong oleh strategi untuk menyelaraskan portfolio antarabangsa, mengurangkan tumpuan terhadap India dan beralih usaha untuk meneruskan pertumbuhan dalam pasaran tumpuan TNB seperti United Kingdom, Eropah dan Asia Tenggara.
“Penjualan itu turut selaras dengan inisiatif TNB untuk mencari pilihan pengewangan asetnya di India dan pasaran bukan tumpuan lain,” menurut syarikat gergasi utiliti itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pada 10 Dis, 2018, TNBTE menandatangani perjanjian untuk melanggan CCD yang dikeluarkan oleh GBHH, anak syarikat GMR Energy Ltd, dengan nilai 2.256 bilion rupee (kira-kira RM133.2 juta). CCD itu, dengan tempoh 30 tahun, akan ditukar menjadi pegangan ekuiti sebanyak 30 peratus sebelum tempoh berakhir.
Pada 5 April, 2019, TNBTE melanggan Peringkat 1 daripada pelaburan CCD dengan nilai 1.056 bilion rupee (RM62.36 juta).
TNB berkata projek itu dijangka akan memulakan operasi komersialnya pada Oktober 2019, tetapi pelaksanaannya ditangguhkan berikutan situasi yang tidak dijangka.
Susulan kelewatan menyiapkan projek, TNBTE tidak meneruskan dengan Peringkat 2 daripada langganan pelaburan CCD sebanyak 1.2 bilion rupee, pada asalnya dijadualkan pada September 2019.
Kemudian, TNBTE dan GMR Infrastructure Ltd, syarikat induk GMR Energy, memeterai penjualan ini.
TNB berkata penjualan tersebut tidak akan memberi impak kepada modal sahamnya dan pegangan saham pemegang saham utama serta dijangka tidak memberi kesan yang ketara kepada tahap kadar hutang dan aset bersih syarikat.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]