Berita

‘Biomass kepada Tenaga’ bantu negara sedia bekalan tenaga hijau - MIGHT

President and Chief Executive Office of MIGHT Datuk Mohd Yusoff Sulaiman

KUALA LUMPUR, 2 Sept -- Agenda peralihan tenaga baharu menerusi projek ‘Biomass kepada Tenaga’ (BTE) dijangka membantu negara untuk menyediakan bekalan tenaga hijau bagi kegunaan masa hadapan, kata Kumpulan Industri-Kerajaan untuk Teknologi Tinggi (MIGHT).

MIGHT dalam satu kenyataan hari ini berkata, projek itu yang dipelopori bersama EMOG Strategic Group dan direalisasikan melalui usaha sama dengan rakan strategik yang lain juga boleh mengurangkan kadar pencemaran gas rumah hijau (GHG) ke udara serta mematuhi keperluan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selain memberi peluang pekerjaan kepada graduan universiti.

“Inisiatif tersebut merupakan sasaran jangka panjang penjenamaan semula program ‘Kelestarian Industri Kepala Sawit Dalam Daya Saing Peringkat Dunia’ selaras dengan Dasar Tenaga Nasional 2040 yang baharu,” katanya.

Menurutnya, perjanjian yang dimeterai hari ini itu bertujuan untuk menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan projek utama yang telah dikenal pasti di pelbagai lokasi strategik di seluruh negara antaranya Sarawak Hub, bersama Wilgate Sdn Bhd di Sarawak dan Southern Hub, beserta Kulim Malaysia Berhad di Johor.

Di samping itu, dua perjanjian ‘Confidentiality Agreement’ juga turut dimeterai bersama Kulim Malaysia dan Wilgate.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman berkata bagi menjayakan program itu, satu perjanjian Induk Perkhidmatan Profesional (MPSA) telah ditandatangani pada Disember lepas antara MIGHT dan rakan strategik asal iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Tenaga Nasional Bhd (TNB), EMOG Renewable Energy Sdn Bhd (ERESB) dan Wilgate serta dua lagi rakan strategik baharu, Kulim Plantation Malaysia Bhd dan Universiti Malaya.

Beliau berkata perjanjian itu menandakan komitmen pihak-pihak berkepentingan dalam melaksanakan projek tersebut di peringkat kebangsaan.

“Usaha sama ini menggunakan pebdekatan 'Quintuple Helix' yang menekankan kerjasama serta integrasi antara pihak kerajaan selaku perangka dasar, industri, universiti dan komuniti dalam mewujudkan persekitaraan yang kondusif,” kata Mohd Yusoff.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]