Senarai Berita

Industri minyak dan gas Malaysia kini dalam kitaran pemulihan

KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Industri minyak dan gas Malaysia berada dalam kitaran pemulihan tahun ini, dengan beberapa sektor dalam kalangan industri ini dijangka mencatat pemulihan secara beransur-ansur seperti kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC), kata AmInvestment Bank Bhd.


Petronas berjaya tetapkan harga tawaran bon bernilai AS$600 juta

KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Petronas berjaya menetapkan harga untuk nota tranche tunggal berjangka tujuh tahun bernilai AS$600 juta (AS$1=RM4.13).


Serba Dinamik tubuhkan Nexus Ekonomi Angkasa Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Mac  -- Serba Dinamik Group Bhd (SDGB) bekerjasama dengan tujuh institusi pengajian tinggi sebagai rakan strategik di Malaysia bagi menubuhkan Nexus Ekonomi Angkasa Baharu (NSEN) untuk meneroka bidang teknologi angkasa.


Petronas & CNOOC jalin kerjasama bagi jaminan tenaga, penyelesaian tenaga bersih

KUALA LUMPUR, 15 Mac -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan China National Offshore Oil Corporation (CNOOC) bagi kerjasama lebih erat untuk mencapai pertumbuhah bersama dalam jaminan tenaga dan penyelesaian tenaga lebih bersih. 


SCIB peroleh kontrak EPCC bernilai RM135 juta

KUALA LUMPUR, 15 Mac -- SCIB Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), berjaya memperoleh kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM135 juta.


Gopeng Bhd disenarai pendek untuk bidaan bangunkan loji solar 50MW di Gopeng

KUALA LUMPUR, 15 Mac -- Gopeng Bhd telah menerima Surat Notifikasi sebagai pembida yang disenarai pendek daripada Suruhanjaya Tenaga (EC).


Solarvest sasar projek EPCC bernilai RM700 juta

KUALA LUMPUR, 15 Mac -- Solarvest Holdings Bhd menyasar meraih projek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) 300 megawatts (MW) bernilai antara RM600 juta dan RM700 juta daripada pembida berjaya bagi program LSS@MEnTARI.


UOB Malaysia yakin terhadap permintaan penyelesaian tenaga solar selepas berakhirnya COVID-19

KUALA LUMPUR, 15 Mac  -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) begitu yakin dengan permintaan pasaran terhadap penyelesaian tenaga solar selepas berakhirnya COVID-19 kerana tenaga itu merupakan tenaga boleh diperbaharui yang mampu dimiliki, dapat diakses dan dipercayai.


Techfast raih kontrak RM2.2 bilion bekal minyak bahan api marin

KUALA LUMPUR, 15 Mac -- Fast Energy Sdn Bhd (FESB), anak syarikat milik penuh Techfast Holdings Bhd yang tersenarai di Pasaran ACE, telah memeterai perjanjian dengan firma berpangkalan di Singapura, Wise Marine Pte Ltd membabitkan pembekalan minyak bahan api marin seperti minyak bersulfur rendah.


Program U-Solar UOB Menyumbang Kepada Penjimatan Gas Rumah Hijau Di Seluruh Asean Bersamaan Dengan Penanaman 1.3 Juta Anak Benih Pokok

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh lebih sedikit dari setahun sejak pelancarannya pada Oktober 2019, program U-Solar¹ UOB telah menghasilkan hampir 160 jam gigawatt tenaga solar² di seluruh ASEAN, iaitu pengurangan lebih 77,200 tan setara karbon dioksida (tCO₂e)³ dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG). Pengurangan dalam pelepasan GHG ini adalah bersamaan dengan menanam hampir 1.3 juta anak benih pokok selama 10 tahun atau mengeluarkan hampir 17,000 kereta dari jalan raya selama satu tahun⁴.

U-Solar adalah ekosistem industri solar pertama di Asia yang memacu pembangunan dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara. Melalui U-Solar, yang boleh didapati di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand, Bank menawarkan rangkaian penyelesaian kewangan kepada syarikat dan pengguna di seluruh Asia Tenggara untuk menggalakkan pembangunan dan penggunaan tenaga solar. Penyelesaian ini termasuk menyediakan pengurusan tunai dan pembiayaan hijau kepada pemaju projek solar, dan juga penyelesaian pembiayaan berdasarkan kontrak hujung ke hujung kepada kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).



    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]