Berita

Unit Ni Hsin meterai MoU kenderaan elektrik dengan Dongguan dari China

Source: Ni Hsin Resources Bhd

KUALA LUMPUR, 17 Sept  -- Anak syarikat milik penuh Ni Hsin Group Bhd, Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV Tech) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Dongguan Tailing Electric Vehicle Co Ltd (TAILG) yang berpangkalan di China untuk kerjasama dalam pembangunan dan pengedaran kenderaan elektrik yang disesuaikan bagi tujuan komersial di Malaysia dan rantau ASEAN.  

Syarikat pengeluar perkakas memasak itu berkata pihaknya dan TAILG akan meneroka peluang di sektor tersebut.

 Kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan perbincangan dan rundingan bagi memuktamadkan dan memeterai perjanjian rasmi yang berkaitan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh MOU atau tempoh yang lebih lama.

“MOU ini adalah untuk memudahkan pembangunan mesin minuman mudah alih milik kumpulan menggunakan basikal kenderaan elektrik (EV) yang disesuaikan yang melengkapi segmen perniagaan makanan dan minuman kumpulan.

“Kerjasama dengan TAILG adalah bertujuan untuk memenuhi bekalan basikal EV yang disesuaikan. Selain itu, basikal EV akan digunakan bagi tujuan komersial yang lain,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

TAILG, yang ditubuhkan pada 2004, merupakan salah satu daripada tiga pengeluar kenderaan dua roda elektrik utama di China dengan operasi di lebih dari 75 negara dan penyelidikan dan pembangunannya telah menghasilkan lebih daripada 45 paten yang berkaitan dengan EV berprestasi tinggi, kecekapan lanjutan, dan perkhidmatan awan.

Pengarah Urusan Ni Hsin EV Tech Khoo Chee Kong berkata perniagaan itu sudah mula menggunakan EV untuk tujuan penghantaran bagi memberikan penjimatan ketara dari segi penyenggaraan dan kos operasi berikutan sistem mekanikal secara radikal yang lebih mudah.

“Penerokaan Ni Hsin Group ke dalam perniagaan e-mobiliti adalah berkaitan kelestarian perniagaan serta komitmen kepada kriteria kemampanan Kritieria Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” katanya.

 -- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]