KUALA LUMPUR, 22 Sept -- Syarikat penyedia capaian internet melalui teknologi satelit tempatan, Serba Dinamik Group Bhd ( Serba Dinamik ) telah membuat pemasangan ‘Proof of Concept’ (POC) (proses rintis) bagi capaian satelit internet Very Small Aperture Terminal (VSAT) di Kampung Betutai, Tuaran, Sabah.
Serba Dinamik dalam satu kenyataan hari ini berkata teknologi itu membolehkan masyarakat yang tidak mendapat liputan jalur lebar dapat mengakses maklumat dengan lebih cepat dan mudah.
Projek itu adalah kerjasama strategik antara Serba Dinamik dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), katanya.
“Menerusi kemudahan seperti ini di beberapa kawasan tumpuan komuniti seperti di Surau Hidayyah, Kampung Betutai, Tuaran, masyarakat dapat menikmati data internet melalui kemudahan WiFi secara percuma dalam tempoh percubaan sekurang-kurangnya dua bulan.
“Fasa ujian teknikal turut disokong oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Jabatan Ketua Menteri dan syarikat tempatan Bumi Bakti Gemilang Sdn Bhd dalam memberikan latihan dan program kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai teknologi angkasa dalam urusan komunikasi,” katanya.
Menurut Serba Dinamik , pemasangan perkakasan VSAT Satelit yang ringkas dan fleksibel itu secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang bagi meningkatkan kemahiran bakat tempatan dalam industri satelit tanah air.
Ia adalah selaras dengan hasrat KSTI, kerajaan negeri Sabah, Serba Dinamik dan Bumi Bakti Gemilang dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan transformasi digital untuk rakyat Sabah, katanya.
Syarikat itu berkata selepas pengujian itu selesai dilaksanakan, pihak kedua-dua syarikat bakal mengumumkan pelan data WiFi yang berpatutan bagi masyarakat tempatan dengan pengenalan produk VSAT Internet SurFiBah!.
“Pihak syarikat akan menyediakan pelan mudah bagi agen jualan kupon data internet secara berperingkat dan akan bekerjasama dengan agensi tempatan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan UPPM bagi mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk mendapat capaian Satelit Internet bagi fasa selanjutnya,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]