Berita

SEDA Malaysia sambut ulang tahun ke-10

SEDA Malaysia Chairman YB Tuan Lukanisman Awang Sauni officiated SEDA Malaysia’s 10th Anniversary celebration which was launched together with the Sustainable Energy Video Awareness & Poster Challenge. Pix by SEDA

KUALA LUMPUR, 18 Sept -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) hari ini melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 menerusi majlis dalam talian yang dirasmikan oleh pengerusinya Lukanisman Awang Sauni hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Lukanisman berkata pencapaian oleh pihak berkuasa itu adalah hasil gabungan pelbagai kementerian, agensi kerajaan, badan antarabangsa, pemain industri dan orang awam,

Beliau berharap program seperti Poster Kesedaran Tenaga Lestari dan Cabaran Video Pendek dapat menyampaikan mesej kepada golongan belia mengenai kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.

“Saya berharap melalui sesi ini, ia akan membantu mencetuskan minat dalam kalangan peserta muda yang akan menjadi pemimpin masa depan untuk menceburi bidang tenaga lestari,” katanya.

Majlis perasmian sambutan ulang tahun itu turut menyaksikan pelancaran Poster Kesedaran Tenaga Lestari dan Cabaran Video Pendek iaitu program kerjasama dengan Universiti Multimedia (MMU).

Bagi keterangan lanjut berhubung program tersebut orang ramai boleh melayari laman web https://creative.mmu.edu.my/seda.

Tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud, Ahli Lembaga SEDA Malaysia, Jawatankuasa Pengurusan MMU dan Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia Datuk Hamzah Hussin. 

Bersempena dengan sambutan ulang tahun itu, pelbagai program dan aktiviti dianjurkan, antaranya inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu ‘Tautan Kasih’.

Inisiatif CSR itu bertujuan membantu beberapa golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19, petugas barisan hadapan COVID-19 serta komuniti B40 terpilih di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]