KUALA LUMPUR, 24 Sept -- Federal International Holdings Bhd (FIHB) menceburi sektor tenaga boleh baharu (RE) melalui cadangan kerjasama dengan satu daripada lima penjana tenaga terkemuka China, State Power Investment Corporation Ltd (SPIC).
Pengeluar perabot dan penggiat dalam sektor pembinaan itu berkata syarikat 50 peratus miliknya, Warrants RE Assets Sdn Bhd (WREA), memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan anak syarikat milik penuh SPIC, SPIC Energy Malaysia Bhd (SPICM) hari ini untuk kedua-dua pihak mengambil alih sebahagian atau keseluruhan operasi tarif galakan, pemeteran bersih dan ladang solar berskala besar.
Di bawah kerjasama itu, katanya WREA akan bertanggungjawab untuk pendanaan manakala SPICM akan menyediakan sokongan teknikal berkaitan loji tenaga solar dan projek RE lain di Malaysia.
Pengarah Eksekutif FIHB Datuk Choy Wai Ceong berkata kerjasama ini melambangkan usaha pertamanya dalam segmen RE dan akan membantu syarikat memperluas kedudukannya dalam segmen baharu itu.
“Kerjasama itu akan menumpukan kepada pengambilalihan ladang solar, yang kemudiannya akan melalui proses pembaikan dan menaik taraf di bawah pasukan yang diterajui oleh SPIC.
“Ini akan membantu meningkatkan pemulihan ladang solar yang diperoleh dan membantu menjana aliran tunai yang positif dengan segera,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]