Senarai Berita

Unit Greatech dapat pesanan pertama bateri Li-ion di AS

KUALA LUMPUR, 5 April -- Greatech Technology Bhd menerusi unitnya, Greatech Integration (USA) Inc berjaya memperoleh pesanan pertama di Amerika Syarikat (AS) daripada pelanggan kenderaan elektrik (EV) baharu bagi pengeluaran bateri jenis litium-ion(Li-ion).


KPT galakkan penyertaan dalam pensijilan profesional kenderaan elektrik, hibrid

KEPALA BATAS, 5 April -- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggalakkan lebih ramai pemain industri automotif mengikuti kursus Pensijilan Profesional Hibrid dan Elektrik Tahap 4 di Kolej Komuniti Kepala Batas, yang merupakan satu-satunya kursus Tahap 4 yang ditawarkan di luar dari United Kingdom dan Ireland.


Malaysia, Brunei meterai perjanjian bagi dua medan luar pesisir

KUALA LUMPUR, 5 April -- Malaysia menerusi syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), memeterai Perjanjian Unitasi (UA) dengan Brunei Darussalam meliputi medan minyak Gumusut-Kakap dan Geronggong-Jagus East yang terletak di sepanjang sempadan maritim kedua-dua negara tersebut.


Minyak & gas kekal jadi sebahagian besar campuran tenaga, kata Petronas

KUALA LUMPUR, 5 April -- Minyak dan gas akan terus menjadi sebahagian besar daripada campuran tenaga walaupun mencatatkan aliran penurunan sebanyak 47 peratus menjelang 2040 daripada kira-kira 54 peratus pada 2018 berikutan pertumbuhan tenaga boleh baharu.


RM500 juta diperuntukkan bagi projek tenaga solar terapung di Tasik Danau To' Uban

PASIR MAS, 1 April -- Sejumlah RM500 juta diperuntukkan sebagai kos pelaburan untuk Projek Tenaga Solar Terapung di Tasik Danau To' Uban, di sini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Penyertaan Serba Dinamik di Ekspo 2020 Dubai platform terbaik promosi produk Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Mac  -- Penyertaan Serba Dinamik Group Bhd sebagai antara rakan kongsi utama bagi Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai merupakan platform terbaik untuk mempromosikan kepelbagaian produk Malaysia.


Sarawak Energy terus usaha banteras isu curi tenaga elektrik

KUCHING, 30 Mac -- Memandangkan berlakunya kes-kes kebakaran yang berpunca daripada kegiatan mencuri bekalan elektrik sejak kebelakangan ini, Sarawak Energy, syarikat utiliti tenaga elektrik, aktif melakukan pemeriksaan dan penyiasatan meter di seluruh negeri bersama Kementerian Utiliti negeri dan polis.


Malakoff tumpu bidang baharu termasuk bida lebih banyak stesen jana kuasa kuasa RE, WTE - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 29 Mac -- Malakoff Corporation Bhd akan menumpukan pengembangan strategiknya, sebagai sebahagian daripada bidang pertumbuhan baharu, untuk mendapatkan bidaan stesen jana kuasa tenaga boleh baharu (RE) dan sisa buangan kepada tenaga (WTE).


WHS, GML teroka kerjasama perkenal khidmat bas elekrtik di Sabah

KOTA KINABALU, 27 Mac -- Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHS), subsidiari milik penuh kerajaan negeri Sabah sedang meneroka kerjasama dengan Gemilang Coachwork Sdn Bhd (GML) bagi memperkenalkan perkhidmatan bas elektrik.


Velesto Energy raih kontrak penggerudian bernilai US$8 juta

KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Syarikat penggerudian luar pesisir Malaysia, Velesto Energy Bhd (VEB) memperoleh kontrak untuk menyediakan pelantar penggerudian jack-up bagi ConocoPhillips bernilai US$8 juta (RM33.1 juta).




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]