Berita

Kerajaan perkasa pembangunan teknologi EV melalui NESTI - Adham

Datuk Seri Dr Adham Baba (File pix)

KUALA LUMPUR, 20 Okt  -- Kerajaan telah mengambil langkah awal ke arah memperkasa pembangunan, validasi dan pengkomersialan pembangunan teknologi kenderaan elektrik (EV) tempatan menerusi Program NanoMalaysia Energy Storage Technology Initiative (NESTI).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataan hari ini berkata aspek itu dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan penjanaan pekerjaan selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi menjelang 2030. 

“Program ini menekankan pembangunan dan pengkomersialan sistem simpanan tenaga bagi kegunaan mobiliti elektrik termasuk bateri, ultra kapasitor, penyimpanan hidrogen dan reaktor, sistem pengurusan tenaga dan kitar semula bateri,” katanya menambah program yang dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagi memperkasa teknologi EV, kementerian itu menggunakan pendekatan ‘whole of nation bagi meningkatkan penerimaan terhadap teknologi itu, seterusnya mencapai hasrat meletakkan negara sebagai pengeksport komponen EV tersohor di rantau ASEAN. 

Sehubungan itu, MOSTI memaklumkan program Enabling Mobility Electrification for Green Economy (EMERGE) oleh NanoMalaysia telah menerima Dana Penyelidikan Strategik di bawah Malaysia Grand Challenge.

Antara lain program itu bertujuan menambah baik blok pembangunan teknologi EV melalui Program Pengkomersialan Teknologi Nano dalam usaha meningkatkan sistem simpanan dan pengurusan tenaga, Internet of NanoThings dan pembangunan stesen pengecas serta membangunkan prototaip EV.

Selain itu satu inisiatif sampingan EMERGE iaitu Rapid Electric Vehicles Innovation Validation Ecosystem (REVIVE) juga telah diwujudkan untuk memberi fokus kepada penukaran enjin biasa kepada enjin elektrik.  

“MOSTI yakin penerimaan awam terhadap kenderaan EV akan meningkat dalam jangka pendek memandangkan kenderaan EV jimat tenaga dan hanya memerlukan infrastruktur pengisian yang sederhana melibatkan sistem pertukaran bateri.

“Teknologi EV juga mempunyai potensi yang besar untuk perkhidmatan pengangkutan awam dan penghantaran menjelang 2030,” katanya. 

Aspirasi memperkasa industri kenderaan elektrik negara ini adalah berdasarkan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE 10-10) iaitu inisiatif yang menyokong Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030.

Perkara itu turut mengambil kira fokus yang terkandung dalam Dasar Automotif Negara (NAP) 2020, Dasar Pengangkutan Negara (NTP) 2019-2030 dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030. 

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]