KUALA LUMPUR, 5 Okt -- Solarvest Holdings Berhad, melalui subsidiari milik penuhnya, Atlantic Blue Sdn Bhd telah dilantik oleh TNB Engineering Corporation Sdn Bhd untuk membina loji solar fotovoltan berskala besar (LSSPV) berharga RM46.75 juta.
Menurut Solarvest, ladang solar itu terletak di Bukit Selambau, Kedah dan projek tersebut melibatkan pemasangan kira-kira 136,890 keping panel solar PV yang mampu menghasilkan tenaga bersih sehingga 50 megawatt (MWac).
“Ia dijadualkan mencapai tarikh operasi komersial menjelang suku pertama 2023,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Davis Chong Chun Shiong berkata kumpulan itu yakin bahawa tenaga suria akan terus menjadi salah satu sumber tenaga bersih pilihan memandangkan penyesuaian skala dan pelaburan capex teknologi itu yang agak rendah.
"Ini terbukti melalui pertumbuhan yang mantap dalam aktiviti tender kami yang telah berkembang menjadi projek solar sehingga mencecah kira-kira RM1 bilion di Malaysia,” katanya.
Kontrak tersebut menjadikan tempahan dalam tangan Solarvest yang belum dibilkan kepada lebih RM620 juta pada 5 Oktober 2021.
Pada penutupan pasaran hari ini, harga saham Solarvest diniagakan dua sen lebih rendah pada RM1.25 dengan 1.94 juta saham bertukar tangan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]