Senarai Berita

Stesen Minyak Shell pertama di Malaysia raih Pensijilan Emas GBI

KUALA LUMPUR, 3 Mei  -- Stesen minyak Shell Malaysia di Hotel Mint (laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban) dekat sini, menjadi stesen pertama di negara ini yang berjaya meraih pensijilan Piawaian Emas Sementara oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI).


Kerjasama Serba Dinamik-pihak berkepentingan bangunkan sektor e-sukan tempatan

SHAH ALAM, 30 April  -- Serba Dinamik Group Bhd menjalinkan kerjasama dengan pihak berkepentingan sukan elektronik (e-sukan) tempatan untuk bersama-sama membangunkan Pusat Selangor Esports City yang dijangka mula beroperasi pada 2022.


Petronas tambah kapal LNG global dengan tiga kapal baharu

KUALA LUMPUR, 29 April -- Petronas LNG Ltd (PLL) menandatangani Perjanjian Carter Berdasarkan Tempoh (TCP) bagi tiga kapal gas asli cecair (LNG) baharu dengan pemilik kapal, Hyundai LNG Shipping (HLS), menjadikan jumlah kapal globalnya sebanyak 27 kapal.


Scbuild rancang labur sehingga RM13.5 bilion dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui dalam tempoh 10 tahun

PETALING JAYA, 28 April -- SC Estate Builder Bhd (SCBuild) merancang untuk melabur antara RM9 bilion dan RM13.5 bilion dalam tempoh 10 tahun berikutan ia menceburi perniagaan tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia terutamanya dalam loji tenaga solar dan tenaga solar di atas bumbung.


Anak syarikat KPower dapat kontrak loji jana kuasa hidro bernilai RM510 Juta

KUALA LUMPUR, 26 April -- Anak syarikat milik penuh KPower Bhd, KPower Engineering Sdn Bhd telah diberikan empat kontrak dengan nilai keseluruhan RM510 juta daripada Cabaran Hijau Sdn Bhd, Selat Serasi Sdn Bhd, Denai Delima Sdn Bhd dan Koridor Mentari Sdn Bhd.  


Usaha sama serba dinamik akan bangunkan hab inovasi di Abu Dhabi

KUALA LUMPUR, 23 April  -- Serba Dinamik Holdings Bhd, melalui usaha samanya, Block 7 Investments telah memperoleh kontrak untuk membangunkan hab inovasi pertama di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).


IBR tingkat kestabilan, perkukuh sektor tenaga

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 23 April -- Langkah berani Malaysia melaksanakan Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) dalam sektor tenaga hampir lapan tahun lepas telah menjadikan rangka kerja elektrik negara kekal fleksibel dan mampan sekali gus berupaya mendepani cabaran global dan ekosistem industri elektrik yang sentiasa berkembang. 


SEDA rancakkan promosi program 'SAVE 2.0'

PUTRAJAYA, 19 April  -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) akan merancakkan promosi program ‘Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE) 2.0 memandangkan hanya 40,000 isi rumah memanfaatkannya setakat ini.


Boustead jalin perkongsian dengan Next Gen bagi minyak alga mentah

KUALA LUMPUR, 19 April -- Perkongsian Boustead Holdings Bhd dengan Next Generation Oil Sdn Bhd (Next Gen) akan mewujudkan ekosistem ekonomi baharu menerusi teknologi biobahan api alga boleh baharu, yang akan mendorong pengurangan gas rumah hijau yang dihasilkan bahan api fosil tradisional.


Dapatkan khidmat, nasihat berkenaan elektrik daripada pihak ditauliah - Suruhanjaya Tenaga

KUALA LUMPUR, 15 April  -- Suruhanjaya Tenaga (ST) menggesa semua pihak agar mendapatkan khidmat dan nasihat berkenaan keselamatan, penyelenggaraan, pembaikan serta pemasangan elektrik daripada pihak yang ditauliah suruhanjaya itu sahaja.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]