Senarai Berita

Serba Dinamik aktifkan pusat operasi teleport dan rangkaian yang pertama dengan rakan kongsi strategik

KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Serba Dinamik Group Bhd (SDGB) telah mengaktifkan teleport  dan Pusat Operasi Rangkaian (NOC) pertamanya dengan rakan kongsi strategik, Network Innovations, penyedia teknologi bersepadu global.


Sarawak Energy terima guna teknologi baharu bekal kuasa ke Ba'Kelalan

KUCHING, 29 Jun -- Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) menerima guna teknologi baharu - Medium Voltage Covered Conductor (MVCC) - untuk menghubungkan bekalan tenaga elektrik dari pekan Lawas ke kawasan petempatan terpencil di Ba’Kelalan, daerah paling utara Sarawak.


EY setuju jadi penilai bebas Serba Dinamik

KUALA LUMPUR, 28 Jun  -- Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY) telah menerima pelantikan sebagai penilai bebas Serba Dinamik Holdings bagi menyemak kesahihan dan ketepatan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh bekas juruaudit luar syarikat itu, KPMG PLT.


Serba Dinamik catat keuntungan bersih RM113 juta

KUALA LUMPUR, 25 Jun  -- Serba Dinamik Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM113.32 juta bagi suku berakhir 31 Mac 2021 selepas dipacu oleh hasil sebanyak RM1.38 bilion berikutan aktiviti kukuh daripada segmen operasi serta penyelenggaraan (O&M) termasuk kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC). 


Serba Dinamik kekal relevan, penstrukturan organisasi akan dibuat jika perlu - Pengarah Urusan

KUALA LUMPUR, 25 Jun  -- Operasi harian penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global, Serba Dinamik Holdings Bhd, masih berjalan seperti biasa dan kekal relevan sebagai sebuah syarikat Bumiputera yang utuh walaupun sedang diselubungi cabaran cukup getir.


Sarawak Energy hantar genset tambahan untuk stabilkan bekalan kuasa di Limbang

KUCHING, 24 Jun -- Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menghantar genset tambahan ke Limbang dalam usaha menstabilkan bekalan kuasa di daerah utara negeri itu sementara menunggu kerja pembaikan sesetengah genset sedia ada yang rosak selesai.


KPMG tidak lagi menjadi juruaudit Serba Dinamik

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Messrs KPMG PLT telah menyerahkan notis peletakan jawatannya sebagai juruaudit Serba Dinamik Holdings Bhd, berkuat kuasa serta-merta, berikutan saman yang difailkan terhadap mereka oleh penyedia perkhidmatan kejuruteraan minyak dan gas itu.


KPower gegarkan pasaran tenaga dan solar global

KUALA LUMPUR, 19 Jun -- Kumpulan Powernet Bhd (KPower) telah berjaya berkembang di pasaran domestik dan global dalam masa yang singkat terutama sekali dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, kata Pengarah Urusan dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Mustakim Mat Nun.


Lembaga Pengarah Serba Dinamik lulus pelantikan E&Y sebagai penyemak bebas

KUALA LUMPUR, 14 Jun -- Lembaga Pengarah Serba Dinamik Holdings Bhd pada dasarnya bersetuju untuk melantik Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd (E&Y) sebagai penyemak bebas untuk menilai kebenaran dan ketepatan isu yang diketengahkan oleh juruaudit luar KPMG PLT.


Serba Dinamik kekal syarikat utama minyak dan gas penting dalam pasaran antarabangsa 

Oleh Azman Ujang

KUALA LUMPUR, 8 Jun -- Walaupun sedang menghadapi pergolakan pasaran yang amat mencabar, syarikat gergasi Malaysia dalam sektor minyak dan gas, Serba Dinamik Holdings Bhd masih kukuh dengan prospek pertumbuhan yang baik bagi tahun-tahun akan datang, menurut pemerhati industri.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]