Berita

Enam pusat data kerajaan rangkul Anugerah Pengkomputeran Hijau



CYBERJAYA, 13 Dis  -- Enam pusat data agensi kerajaan merangkul Anugerah Pengkomputeran Hijau 2021 (GCA 2021), yang secara kolektifnya telah menjimatkan kos elektrik kerajaan sebanyak RM4.1 juta setahun, serta mengurangkan jejak karbon sebanyak 6,751 tan metrik setahun.

GCA 2021 yang merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), diadakan julung kali bagi mengiktiraf agensi kerajaan yang komited terhadap inisiatif pengkomputeran hijau dan bakal menjadi acara tahunan.

"Inisiatif pengkomputeran hijau membolehkan pengurangan kos tenaga sebanyak 60 peratus dan mengurangkan jejak karbon," kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba ketika berucap merasmikan GCA 2021 di sini hari ini. 

Perkomputeran hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem untuk memelihara alam sekitar dan semula jadi sekali gus mengurangkan implikasi negatif kepada manusia.

Anugerah Sistem Elektrikal Terbaik dimenangi Jabatan Kerja Raya; Kawalan Alam Sekitar Terbaik diraih Majlis Bandaraya Petaling Jaya; Kawal Selia dan Pelaporan Terbaik dimenangi Jabatan Ukur dan Pemetaan; dan Kebolehskalaan dan Daya Tahan Terbaik dimenangi Jabatan Peguam Negara.

Jabatan Pendaftaran Negara merangkul dua anugerah iaitu Pengurusan Terbaik dan Anugerah Advokasi Industri manakala Jabatan Perkhidmatan Awam juga meraih dua anugerah iaitu Kejuruteraan Sistem Terbaik dan Anugerah Terbaik daripada Terbaik.

Kesemua kategori merangkumi pengiktirafan dari segi keupayaan pasukan pengurusan pusat data hijau, pencapaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk pelayan (server), rangkaian dan sistem perisian serta usaha menggalakkan kemampanan teknologi.

Dr Adham berkata pemenang dinilai berdasarkan laporan audit yang disediakan setiap dua tahun oleh agensi berkaitan dan dinilai oleh para juri yang terdiri daripada ahli profesional industri dan ahli akademik dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Beliau berkata GCA 2022 akan memperkenalkan kategori baharu dan penglibatan industri swasta.

Terdahulu, Dr Adham merasmikan Pusat Data Hijau Edgibility Cyberjaya 1 (ECJ1) yang terletak di bangunan MIGHT, pusat berkenaan menampilkan teknologi menenggelamkan semua pelayan dalam bahan penyejuk dalam usaha memenuhi keperluan kawalan suhu dan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

"ECJ1 merupakan satu-satunya pusat data yang mempunyai pensijilan tahap titanium untuk kemudahan pengkomputeran karbon rendah di Asia Pasifik dan Timur Tengah," katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]