Berita

Petronas anugerah kontrak feed bagi projek LNG berdekatan pantai Sabah



KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menganugerahkah dua kontrak Reka Bentuk Kejuruteraan Front End (FEED) kepada konsortium JGC Corporation-Samsung Heavy Industries dan juga SAIPEM Spa.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada pertandingan reka bentuk dwi FEED antarabangsa bagi projek gas asli cecair (LNG) berdekatan pantai di Sabah, kata Petronas dalam satu kenyataan hari ini. 

Projek itu dengan kapasiti minimum 2.0 juta tan setahun (MTPA), merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

"Pertandingan reka bentuk FEED itu dijangka berlangsung selama 10 bulan dengan Keputusan Pelaburan Akhir (FID) dirancang pada akhir 2022. 

"Tertakluk kepada FID, kontraktor yang memenangi kontrak FEED akan dipindahkan ke fasa Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pengoperasian. 

“Loji LNG berdekatan pantai itu dijangka sedia untuk dimulakan pada akhir 2026,” katanya. 

Menurut Petronas, reka bentuk dan pembinaan loji berdekatan pantai dijangka lebih mudah dan selepas siap kelak berpotensi dapat meningkatkan masa pengeluaran kerana ia terletak di kawasan teluk yang terlindung berbanding kemudahan LNG terapung luar pantai di laut terbuka. 

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas dan Tenaga Baharu Petronas Adnan Zainal Abidin berkata kumpulan itu terus menyediakan akses yang lebih baik kepada sumber tenaga lebih bersih seperti gas asli. 

"Pembangunan loji LNG berdekatan pantai pertama Sabah itu mencerminkan kepakaran teknologi kami yang mana kami terus menginovasikan penyelesaian moden untuk menjana keuntungan daripada sumber gas dengan cara yang dioptimumkan dan mesra alam,” katanya. 

Selepas siap kelak, loji LNG berdekatan pantai itu dijangka meningkatkan pengeluaran LNG Petronas daripada kemudahan LNG terapung daripada 2.7 MTPA kepada 4.7 MTPA. 

Ketika ini, Petronas mengendalikan dua kemudahan LNG terapung, PFLNG SATU dan PFLNG DUA, masing-masing di lapangan gas luar pantai Kebabangan dan Rotan.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]