Senarai Berita

Lebih 500 penduduk dapat manfaat outreach vaksin COVID-19, SurFi-bah!

KUALA LUMPUR, 21 Ogos -- Lebih 500 penduduk tempatan dari dua perkampungan di kawasan pedalaman sekitar Inanam dan Tuaran, Sabah mendapat manfaat daripada Program Outreach Vaksin COVID-19 dan Perkhidmatan Internet Satelit, SurFi-bah!, kelmarin.


Anak syarikat KPower, Advancecon meterai PPA fotovolta solar dengan TNB

KUALA LUMPUR, 20 Ogos  -- Anak syarikat KPower Bhd (KPower) dan Advancecon Holdings Bhd telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) fotovolta solar berskala besar dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB).


Petronas selesai penghantaran kargo LNG neutral karbon pertama

KUALA LUMPUR, 18 Ogos  -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menyelesaikan penghantaran kargo pertamanya bagi gas asli cecair (LNG) neutral karbon kepada Shikoku Electric Power Company, Inc.


Serba Dinamik sasar jadi peserta utama dalam sektor tenaga boleh baharu antarabangsa

KUALA LUMPUR, 17 Ogos -- Serba Dinamik Holdings Bhd optimis untuk menjadi peserta utama dalam sektor tenaga boleh baharu (RE) antarabangsa menerusi langkah memanfaatkan anak syarikatnya yang berpangkalan di Scotland, Wellahead Engineering Ltd, yang diambil alih pada 2020.


Eden mula semula operasi Stesen Janakuasa Libaran selama tiga tahun

KUALA LUMPUR, 16 Ogos -- Anak syarikat milik penuh Eden Inc Bhd, Stratavest Sdn Bhd  (STV) telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga dengan Sabah Electricity Sdn Bhd untuk melanjutkan operasi Stesen Janakuasa Libaran untuk tempoh tiga tahun lagi.


Pencawang baharu Kanowit untuk pembekalan elektrik lebih mantap sudah hampir siap

KUCHING, 12 Ogos -- Pembinaan pencawang 32/33/11 kilovolt (kV) baharu di Kanowit di bahagian tengah Sarawak, untuk dihubungkan ke grid elektrik utama negeri bagi mengukuhkan rangkaian pengagihan bekalan tenaga elektrik di kawasan itu di samping meningkatkan kebolehpercayaan bekalan, kini sudah hampir disiapkan.


Serba Dinamik peroleh 15 kontrak operasi dan penyelengaraan, EPCC

KUALA LUMPUR, 11 Ogos -- Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB), melalui anak syarikat Malaysia dan Indonesianya, berjaya memperoleh 15 kontrak operasi dan penyelenggaraan (O&M) serta kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).


Pemegang saham Reservoir Link lulus cadangan beli 51 peratus kepentingan FESB

KUALA LUMPUR, 11 Ogos -- Syarikat penyedia perkhidmatan berkaitan minyak dan gas huluan, Reservoir Link Energy Bhd mendapat kelulusan pemegang saham bagi pembelian 51 peratus kepentingan Founder Energy Sdn Bhd (FESB) pada harga RM21.2 juta.


Unit DNeX beli baki kepentingan dalam Avalon Oildfield dengan harga RM71.72 juta

KUALA LUMPUR, 9 Ogos -- Dagang Nexchange Bhd (DNeX) akan membeli baki 50 peratus kepentingan dalam pembangunan Avalon Oilfield yang tidak dimiliki oleh PING Petroleum UK Ltd (PING UK) dengan jumlah US$17.0 juta (RM71.72 juta).


Manulife Investment Management lancar Dana Peralihan Tenaga Global

KUALA LUMPUR, 9 Ogos -- Manulife Investment Management (M) Bhd telah melancarkan Dana Peralihan Tenaga Global Manulife (Dana) yang bertujuan untuk menyokong peralihan ke arah ekonomi neutral karbon dan mengurangkan impak daripada perubahan iklim.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]