Tan Sri Abang Johari Tun Openg (File pix)
KUCHING, 28 Jan -- Kerajaan Sarawak akan meneruskan pemberian diskaun antara lima dan 25 peratus untuk bil elektrik pengguna domestik, komersil dan industri bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebagai salah satu inisiatif di bawah pakej kelapan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0).
Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg RM285.47 juta diperuntukkan di bawah BKSS 8.0 ini dengan diskaun bil elektrik ini menjadi antara tujuh langkah untuk membantu rakyat di Sarawak semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Keempat sekarang.
“Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah, pengguna komersil dan industri di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM166.8 juta, akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak,” katanya dalam sidang media di sini bagi mengumumkan pakej bantuan terbaru itu.
Diskaun antara 10 dan 25 peratus turut diberikan untuk bil air bulanan bagi tempoh antara Januari dan Jun tahun ini menerusi subsidi berjumlah RM24 juta, sementara diskaun sewa 50 peratus diteruskan untuk manfaat lebih 3,200 penyewa Skim Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak bagi tempoh yang sama.
Langkah BKSS 8.0 ini turut melibatkan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri untuk tempoh itu.
Abang Johari berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak juga akan meneruskan pemberian diskaun 50 peratus kepada 10,165 peniaga kecil yang menyewa ruang pasar dan gerai kelolaan PBT yang berkenaan.
Selain itu 87,500 peniaga kecil berdaftar dengan PBT akan diberikan RM1,000 seorang sebagai geran khas sekali bayar yang akan disalurkan melalui platform transaksi kewangan dalam talian kerajaan negeri, Sarawak Pay.
Seramai 1,725 pengusaha perahu penambang, pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah akan turut diberikan bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 untuk membantu mereka meneruskan perkhidmatan.
“Bantuan ini merupakan komitmen Kerajaan Sarawak dalam usaha memulihkan sosioekonomi untuk kesejahteraan rakyat seperti pakej-pakej BKSS sebelum ini,” tambahnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]