Berita

Keppel, Impact Electrons, Envision akan tawarkan penyelesaian tenaga RE kepada ASEAN



Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 27 Jan -- Tiga syarikat dari tiga negara telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan dan bekalan, penyelesaian pengurusan penyimpanan serta gangguan elektrik rendah karbon, selain meneroka peluang kesalinghubungan grid di ASEAN.

Syarikat berkenaan terdiri daripada Keppel Infrastructure Holdings Pte Ltd Singapura; Impact Electrons Siam Co Ltd yang berpangkalan di Thailand; dan Envision Group China.

“Berdasarkan perjanjian rangka kerja eksklusif yang dimeterai baru-baru ini untuk mengkaji kebolehlaksanaan perdagangan tenaga rentas sempadan dari Laos ke Singapura, iaitu sebahagian daripada Projek Integrasi Tenaga Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura (LTMS-PIP), kami gembira untuk terbabit dengan Envision dan Impact Electrons dalam kerjasama ini.

“Membangunkan tenaga boleh baharu berskala besar bagi perdagangan tenaga rentas sempadan di rantau ini akan menjadi langkah penting ke arah menggalakkan keselamatan tenaga yang lebih besar dengan mempelbagaikan sumber bekalan tenaga, serta menyumbang kepada rancangan ASEAN demi tenaga yang mampan pada masa depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Keppel Infrastructure, Cindy Lim dalam kenyataan hari ini.

MoU itu akan menyaksikan ketiga-tiga pihak memanfaatkan hak pembangunan eksklusif Impact Electrons yang dikeluarkan oleh kerajaan Laos untuk meningkatkan kapasiti semasa 600 megawatt (MW) Projek Tenaga Angin Monson -- yang dibangunkan Impact Electrons di Sekong dan wilayah Attapeu di Laos -- dengan penambahan 1,000MW.

Disasarkan untuk beroperasi secara komersial menjelang 2025, projek ikonik itu akan menjadi ladang angin yang terbesar di ASEAN.

Projek itu yang meliputi pengembangan, boleh mengimbangi lebih 90 juta tan karbon dioksida untuk sepanjang hayat.

Keppel Infrastructure mempunyai rekod prestasi membangunkan infrastruktur tenaga dan alam sekitar yang menyeluruh, termasuk aset penjanaan tenaga, kemudahan Sisa Kepada Tenaga (WTE), sistem penyejukan daerah berskala besar, serta loji NEWater dan pengasingan garam.

Impact Electrons adalah perintis syarikat pembangunan tenaga boleh baharu (RE) yang mempunyai projek tenaga solar dan angin dalam pembangunan dan operasi sebanyak 1,900 MW di Thailand, Jepun, Laos, dan Vietnam.

Envision Group adalah syarikat teknologi hijau utama di dunia menyertai inisiatif global ‘RE100’ dan menjadi syarikat pertama di tanah besar China yang komited kepada 100 peratus elektrik boleh baharu menjelang 2025.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]