Senarai Berita

UTeM rangkul anugerah pengurusan tenaga ASEAN 2021

MELAKA, 17 Sept -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya merangkul anugerah bagi kategori Pengurusan Tenaga (Pengurusan Tenaga Dalam Bangunan Besar) di Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) 2021 yang dianjurkan Pusat Tenaga ASEAN, baru-baru ini.


Unit Ni Hsin meterai MoU kenderaan elektrik dengan Dongguan dari China

KUALA LUMPUR, 17 Sept  -- Anak syarikat milik penuh Ni Hsin Group Bhd, Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV Tech) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Dongguan Tailing Electric Vehicle Co Ltd (TAILG) yang berpangkalan di China untuk kerjasama dalam pembangunan dan pengedaran kenderaan elektrik yang disesuaikan bagi tujuan komersial di Malaysia dan rantau ASEAN.  


OpenSys, Peoplender bekerjasama tawar pembiayaan kepada PKS untuk guna pakai tenaga solar

KUALA LUMPUR, 14 Sept -- Anak syarikat OpenSys (M) Bhd, OpenSys Technologies Sdn Bhd bekerjasama dengan Peoplender Sdn Bhd, pengendali pasaran platform pembiayaan rakan setara  (P2P), Fundaztic, untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengamalkan penggunaan tenaga hijau melalui pelaburan solar.


JAKS, T&T Group bangunkan projek LNG kepada tenaga berkapasiti 1,500 MW

KUALA LUMPUR, 13 Sept -- JAKS Resources Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan T&T Group Joint Stock Company untuk meninjau kemungkinan kerjasama bagi membangunkan projek gas asli cecair (LNG) kepada tenaga Quang Ninh 2 berkapasiti 1,500 megawatt (MW) di Quang Ninh, Vietnam.


UTeM rangkul dua anugerah di NEA 2021

MELAKA, 12 Sept  -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengukir kecemerlangan apabila merangkul dua anugerah pada National Energy Awards (NEA) 2021 anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA).


26 pemenang NEA 2021 dipilih wakili Malaysia pada Anugerah Tenaga ASEAN 2021

KUALA LUMPUR, 11 Sept  -- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengumumkan 26 pemenang National Energy Award (NEA) 2021 telah dipilih untuk mewakili Malaysia pada Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) 2021.


Sarawak Energy, UTP meterai perjanjian kerjasama penyelidikan kakisan

KUCHING, 10 Sept -- Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah memeterai perjanjian kerjasama mengenai penyelidikan kakisan melibatkan kemudahan penjanaan tenaga hidro milik pemaju tenaga tersebut.


Petronas, ENEOS perluas kerjasama tenaga dalam perniagaan hidrogen

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Gas and New Energy Sdn Bhd (PGNESB) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan ENEOS Corporation (ENEOS) untuk meneroka peluang perniagaan hidrogen.


Pengecualian kawal selia LPG di Sarawak kurangkan birokrasi - Abang Jo 

KUCHING, 9 Sept  -- Pengecualian kepada pengedar Gas Petroleum Cecair (LPG) di Sarawak untuk memohon kebenaran dan lesen bagi pengedaran LPG dapat mengurangkan kerenah birokrasi dalam aktiviti pengedaran serta kawal selia gas di negeri itu.


TNB bangun loji hidroelektrik 300MW di Kelantan

KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), telah menerima surat pemberitahuan dari Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk membangunkan loji tenaga hidroelektrik 300 megawatt (MW) di Kelantan.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]